20 pelajar terima Pingat Emas
KUALA LUMPUR: Seramai 20 penuntut wanita cemerlang institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini dianugerahkan Pingat Emas sempena Persidangan Perwakilan Wanita Umno di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Anugerah itu disampaikan Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Rafidah Aziz. Penerimanya diketuai Noraina Hafizan Norman, pelajar paling cemerlang mendapat Ijazah Sarjana Muda Doktor Pergigian dengan Kepujian Kelas Pertama (CGPA 4.0) dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Penerima lain ialah Nur A'thirah Masyaa'il Tan Abdullah @ Tan Ai Pao yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Kepujian dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Narasikin Kasim yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Kimia dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); Norhazilina Bahari yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa dan Pemacu) dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Roslizawati Che Aziz (Ijazah Pengurusan Pelancongan dari Universiti Utara Malaysia); Nor Ruwaida Jamain (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia); Lai Chan Yet (Ijazah Sarjana Muda Teknologi Informasi dan Komunikasi dari Universiti Teknologi Petronas); Shaza Marina Azmi (Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Tenaga Nasional).
Ross Aniza Ramlah (Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Universiti Kebangsaan Malaysia); Nur Adliza Hussan (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Petronas); Wan Adriyani Wan Ruzali (Ijazah Sarjana Muda Sains Universiti Malaya); Chnin Hui Shun (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Metalurgi Universiti Malaysia Perlis); Fatin Ruzanna Serinara (Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Universiti Multimedia); Zait Aima Yuinzy Yacub (Sarjana Muda Kejuruteraan (kejuruteraan sivil) Universiti Malaysia Sarawak ); Yosheena Miskam (Ijazah Sains Komputer Universiti Putra Malaysia).
Siti Aishah Mustafa (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (kimia) Universiti Malaysia Pahang); Aidonna Jun Ayub (Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Antarabangsa) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia); Noor Nadira Noordin (Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang Universiti Teknologi Mara); Che'e Azliza Mohd Razi (Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (Pentadbiran Korporat) Universiti Sains Islam Malaysia); Babul Airianah Othman (Ijazah Sarjana Muda (Bioteknologi Tumbuhan) Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Mythili a/p Monogaran (Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa Inggeris) Universiti Malaya.
|