Bab gigi, lidah gamat suasana

PENGERUSI Tetap Wanita Umno, Datuk Napsiah Omar, menggamatkan Dewan Merdeka - tempat pergerakan itu bersidang semalam, apabila memulakan bicara dengan membenarkan perwakilan membawa masuk 'dua senjata'.

"Pertama ialah senjata gigi, bukan senjata api. Kalau nak berhujah tak ada gigi, banyaklah sebutan perkataan yang kurang jelas. Gigi mengawal masuk dan keluar angin dari mulut dan kalau tidak ada gigi, nak sebut Bismillah pun lain bunyinya.

"Tak kisah gigi asli atau palsu, asalkan duduk baik-baik dalam mulut," katanya menggamatkan dewan yang dipenuhi 764 perwakilan, 33 exco serta tiga wakil Majlis Tertinggi, Datuk Seri Adnan Yaakob, Datuk Abdul Rahman Bakar dan Datuk Shafiee Apdal.

Senjata kedua pula, kata Napsiah, ialah lidah yang lebih tajam daripada keris Pemuda Umno yang jika dipakai dengan betul, boleh luka jantung hati.

Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.
Paparan terbaik dalam Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768