Halimah jadi tumpuan

KEHADIRAN Halimah Awang, 80, di ruang gerai di PWTC mendapat perhatian ramai ketika perhimpunan berhenti rehat untuk solat Jumaat kerana beliau dipercayai antara pemerhati paling tua pada perhimpunan agung kali ini.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Padang Serai, Kedah itu sudah lima tahun berturut-turut hadir pada perhimpunan agung ditemani 44 pemerhati dari bahagian.

Halimah berkata, usia lanjut tidak pernah menghalangnya untuk terus berbakti kepada Umno dan bangsa Melayu walaupun kudrat yang ada tidak setanding golongan muda.

"Tahun lalu perhimpunan lebih meriah kerana ada pemilihan berbanding tahun ini tetapi yang membanggakan ialah kehadiran golongan muda yang semakin ramai selain penubuhan Putera," katanya.

Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.
Paparan terbaik dalam Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768