Shahrizat bangga
NAIB Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, bangga kerana perwakilan mengetengahkan isu bernas yang menyerlahkan kematangan mereka sepanjang persidangan semalam.
Sokongan terhadap pergerakan itu juga kukuh apabila sesi perbahasan dan pembentangan usul membuatkan perwakilan tidak berganjak daripada Dewan Tun Dr Ismail.
“Perjalanan persidangan lancar hasil persefahaman yang wujud di kalangan perwakilan dan kepemimpinan pergerakan, malah ia menampakkan suasana kekeluargaan yang begitu kukuh.
“Malah, bagi pihak Exco Wanita, sokongan padu kepada Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Seri Rafidah Aziz, turut direkodkan kerana ia adalah antara faktor penting memastikan sumbangan wanita untuk pembangunan negara kekal, selain berfungsi sebagai tulang belakang utama parti,” katanya sebaik Pengerusi Tetap, Datuk Napsiah Omar menangguhkan persidangan semalam.
REAKSI PEMERHATI LUAR
“Parti diasaskan ahli dan ahli perlu diberi saluran untuk bercakap supaya demokrasi berlaku dengan lancar"
Anand Sharma
Jurucakap Kongres Kebangsaan India
Negara kami juga mempunyai pelbagai kaum dan kehadiran wakil SDA akan memberi pendedahan mengenai kaedah pentadbiran negara secara kerjasama”
Nedzad Polic
Wakil Parti Tindakan Demokratik (SDA) dari Bosnia-Herzegovina
|