Tujuh saranan untuk manfaatkan wanita
WANITA Umno menggariskan tujuh saranan bagi manfaat kaum hawa menyumbang ke arah pembangunan negara.
Antara cadangan oleh wakil Wanita Kelantan yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno Tanah Merah, Datin Shuhanie Deraman ialah;
Institusi kewangan dan dana pembiayaan sedia ada memperuntukkan sekurang-kurangnya 40 peratus daripada jumlah dana dan portfolio pembiayaan dikhususkan pada wanita, iaitu ‘window’ untuk wanita;
Mewujudkan pakatan strategik melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC), penyelidik, teknokrat, usahawan dan ahli profesional meningkatkan kemampuan dan daya saing pada peringkat global;
GLC, badan amanah dan agensi pembangunan pada peringkat Persekutuan dan negeri perlu mengadakan kerjasama strategik dengan syarikat kecil dan sederhana Melayu supaya membangunkan dan mempelbagaikan serta memperkukuhkan usahawan Melayu di dalam dan luar negara;
Menubuhkan konsortium pembekal barangan dan peralatan binaan negara (Kobina Inc) untuk menghapuskan kebocoran dalam kerja pelaksanaan projek kerajaan;
Sistem pembelajaran keusahawan dimasukkan dalam kokurikulum pendidikan nasional untuk mewujudkan petani moden yang mampu bersaing dan menyumbang kepada ekonomi negara;
Menubuhkan semula institusi setaraf Institut Teknologi Mara (ITM) untuk pelajar meneruskan pengajian pada peringkat diploma untuk mengurangkan kadar pengangguran dan keciciran; dan
Meneruskan biasiswa dan pelbagai bantuan kepada anak Melayu.
Cadangan itu mendapat sambutan 800 perwakilan Wanita yang hadir menerusi penyokong usul sosioekonomi, Ketua Umno Bahagian Puchong, Ainon Imbi.
|