Wanita lagak ‘Mak Datin’ ditahan
PENGUNJUNG surau Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) gempar seketika apabila seorang wanita berpakaian seperti perwakilan Puteri Umno ditahan dua polis wanita kerana menjadikan surau itu tempat tinggalnya.
Wanita berusia lingkungan 50an itu bergaya seperti ‘Mak Datin’ dengan mengenakan aksesori lengkap dan serba sedondon berwarna merah jambu.
Tukang cuci surau itu, wanita yang dilihat berada di surau itu sejak hari pertama perhimpunan berkelakuan pelik dan ganjil apabila selain mandi di situ turut menyidai tuala mandi serta pakaian dalamnya yang juga berwarna merah jambu di tempat berwuduk.
Melihat wanita itu ditahan polis, pengunjung surau kedengaran berbisik sesama mereka kerana tidak menyangka ‘Mak Datin’ itu sebenarnya tidak siuman.
|