3 hilang hak mengundi

TIGA perwakilan Wanita Umno hilang kelayakan untuk mengundi pada persidangan perwakilan pergerakan itu semalam apabila didapati muflis, kata Pengerusi Tetapnya, Tan Sri Aishah Ghani.

Berikutan itu, hanya 790 perwakilan kini layak mengundi bagi memilih barisan Exco baru, bukan 793.

“Ketika dipilih sebagai perwakilan untuk perhimpunan pergerakan ini, ketiga-tiga perwakilan itu tidak tahu mereka muflis, lagi pun keputusan dan perisytiharan muflis dibuat mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas proses pengundian selesai, semalam.

Aishah berkata, perubahan dalam sistem pengundian kali ini dengan menggunakan kad pintar adalah antara langkah yang memudah dan melancarkan proses pengundian.

“Sebab itu saya minta tolong Tan Sri Ahmad Zaki Azmi selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan membantu melancarkan proses pengundian kerana beliau lebih arif,” katanya.

Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.
Paparan terbaik dalam Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768