Puteri gesa peranan wanita diiktiraf
PUTERI Umno menggesa kerajaan mengiktiraf peranan wanita dalam pentadbiran negara dengan melaksanakan segera dasar kuota 30 peratus wanita dalam badan pembuat dasar.
Ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden yang disulami pantun dan seloka sehingga menggamatkan Dewan Merdeka, wakil pergerakan itu, Mas Ermieyati Samsuddin, berkata negara akan rugi jika wanita tidak diberi peluang itu.
"Lelaki hebat memang baik hati,
Alasan nak tambah bini seorang lagi, Kita tak halang, kita tak agreed (setuju), Cuma pandang-pandanglah majoriti kami.
"Tun Teja, Tun Fatimah, lagenda warisan, Keperibadian unggul tonggak perjuangan, Janganlah wanita sekadar di pinggiran. Kelak nanti ketandusan pemimpin.”
"Oleh itu sudah tiba masanya tuan-tuan beri pengiktirafan yang lebih kepada golongan wanita dalam pentadbiran negara," katanya.
Pada masa sama, Mas Ermieyati, berkata taat setia kepada Presiden Umno.
|