Usul Puteri Umno

  • Memperkukuh dan menganalisis kembali agenda Melayu di dalam dasar kerajaan untuk memastikan sama ada ia masih relevan mengikut tuntutan masa dan perubahan pantas dunia yang akan menentukan sama ada agenda berkenaan akan membantu bangsa Melayu atau pun berfungsi untuk mengehadkan potensi bangsa Melayu untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi di alaf baru ini.

  • Mendesak kerajaan memberi penekanan lebih kepada pendidikan awal termasuk taska dan prasekolah, kerana asas pendidikan awal ini akan membentuk dan membantu menentukan kejayaan dan kecemerlangan individu pada masa akan datang. Penekanan yang dimaksudkan adalah:
    - peningkatan akses, ekuiti dan penambahan bajet pembiayaan
    - menganalisis dan memperkasakan kurikulum yang lebih relevan
    dengan keperluan semasa dan akan datang negara, juga
    mewujudkan satu kurikulum kebangsaan wajib untuk tahap taska yang bersepadu, menyeluruh dan menjamin kesinambungan kepada pendidikan prasekolah dan seterusnya rendah
    - peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran
    - pengukuhan mekanisme pemantauan ke atas semua program
    pendidikan awal yang dikendalikan oleh agensi awam dan swasta
    - mewajibkan pendidikan prasekolah di seluruh negara
    - pewujudan satu badan khas ataupun satu agensi yang di
    pertanggungjawab ke atas setiap tahap pendidikan awal sama ada taska atau prasekolah
    - pemantapan dan memartabatkan profesion pendidik

  • Menyarankan kerajaan memperkukuhkan mekanisme pemantauan bagi memastikan tahap pencapaian ekonomi Melayu dan keberkesanan pelaksanaan dasar, strategi dan projek dalam usaha mempertingkatkan penyertaan dan pendapatan bangsa Melayu.

  • Menyarankan semua supaya menjalani satu transformasi diri untuk mewujudkan budaya Melayu bina upaya bagi memastikan kita boleh berdikari melalui idea, ilmu, inovasi dan keusahawanan diri.

  • Mencadangkan sistem pendidikan diperkukuhkan dan bermatlamat melahirkan 'Wise Knowledge Workers (k-workers)' di mana konsep ini, bermaksud untuk membina upaya masyarakat Melayu dengan menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka dengan bijaksana yang sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa melalui budaya pembelajaran sepanjang hayat.

  • Menggesa supaya konsep Islam Hadhari dihayati dan diterapkan di dalam jiwa masyarakat Melayu bagi mencetus transformasi sikap yang bertunjangkan keutuhan moral, nilai, susila, akal budi, luas pengetahuan dan berperibadi unggul bagi memastikan satu masyarakat bertamadun tinggi yang hidup harmonis, sihat, progresif dan tanpa keganasan.

  • Mengesyorkan dan mendesak kerajaan mewujudkan jawatankuasa khas yang berkecuali untuk mengkaji penstrukturan semula sistem pendidikan kebangsaan dari segi akses, ekuiti, kualiti pendidikan, kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan supaya satu sistem pendidikan yang unggul setanding dengan negara maju dan relevan dengan perkembangan dunia semasa yang semakin kompetitif bagi memastikan kelahiran generasi muda yang mempunyai penguasaan ilmu yang mendalam, berakhlak dan bermoral tinggi, berdisiplin, mampu untuk hidup dan bersaing di dalam dunia globalisasi dengan penguasaan pelbagai keupayaan dan bahasa untuk mengadaptasikan diri dalam kepelbagaian budaya tanpa hilang identiti bangsa dan agama.

  • Menggesa dan menyeru ahli Umno dan khasnya puteri supaya menjadi pendorong utama dalam membantu mencapai matlamat pendidikan negara dengan membantu mempergiatkan dan menganjurkan program sokongan serta kebajikan pelajar bagi mengisi keperluan pendidikan anak bangsa.


  • Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.
    Paparan terbaik dalam Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768