Jasa dikenang
PUTERI Umno menganugerahkan pengasas Kaum Ibu Umno (Wanita Umno), Tun Fatimah Hashim Anugerah Mutiara Pertiwi Puteri bagi memperingati jasa dan pengorbanannya memperjuangkan hak wanita di samping menjadi menteri wanita pertama.
Anugerah disampaikan Ketua Puteri, Noraini Ahmad yang menyifatkan Tun Fatimah sebagai wanita perkasa kerana pembabitannya tidak pernah jemu memperjuangkan hak wanita.
Beliau menjadi ahli Umno pada usia 21 tahun dan pernah bertanding pilihan raya tiga kali berturut-turut serta menjawat jawatan Ketua Wanita Umno keempat.
Fatimah berkata, beliau berasa dihargai dan terharu dengan pemberian anugerah berkenaan dan berterima kasih kepada Puteri Umno kerana memperingati jasa dan pengorbanannya.
"Saya bersyukur kerana diberi kesihatan untuk hadir ke majlis penganugerahan ini," katanya.
Beliau berkata, perjuangan ikhlas tanpa mengharapkan balasan adalah prinsip yang dipegang sejak pembabitannya dalam politik.
"Pekerjaan yang mengharapkan balasan tidak akan ke mana kerana panduan terbaik menjadi pemimpin adalah keikhlasan," katanya.
|