Kaunter keahlian Puteri dapat sambutan

KUALA LUMPUR: Kaunter pendaftaran keahlian Puteri Umno di tingkat tiga Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) antara kaunter yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai sempena Perhimpunan Agung Umno 2005.

Kaunter berwarna merah jambu dengan menempatkan lima petugas pendaftaran dibuka sejak jam 8.30 pagi sehingga 7 malam sepanjang perhimpunan agung Umno selama lima hari bermula semalam.

Urus setia kaunter, Siti Zubaidah Shariffuddin, 21, berkata tujuan kaunter itu dibuka untuk memudahkan pendaftaran orang ramai terutama pemerhati yang belum mendaftar sebagai ahli Umno.

"Kaunter ini sudah dibuka sejak dua tahun lalu dan pendaftaran keahlian tidak saja dihadkan kepada Puteri, malah kami juga melakukan pendaftaran bagi Pemuda dan ahli Umno," katanya.

Sementara itu, juruperunding bebas, Intan Shadaitul Mohd Zin, 34, berkata kewujudan kaunter pendaftaran berkenaan wajar.




Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.
Paparan terbaik dalam Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768