7 muka baru anggotai Exco Puteri

TUJUH muka baru dipilih bersama 13 penyandang bagi menganggotai Exco Puteri Umno bagi tempoh 2004/2007 pada pemilihan pergerakan itu, semalam.

Tujuh muka baru itu ialah Norlaili Mohamed (475 undi); Haslinda Mohd Zerain (475); Noraslina Zainal Abidin (458); Noraini Idris (454); Nik Noriza Nik Salleh (447); Azlinda Zubir (430) dan Fahariyah Mohd Nordin (407).

Mereka yang mengekalkan jawatan masing-masing adalah Nordiana Shafie (651); Azlinda Mehtab Mohd Ishaq (641); Norlee Ashilin Mohammed Radzi (580); Marzita Mansor (570), Shahanim Muhamad Yusof (539); Ismalina Ismail (539); Maizatul Akmam Alwi (536) dan Norhamizah Mat Tahir (515).

Turut tersenarai Azlinda Mohd Rashad (489); Idamoerni Zakaria (416); Siti Azizah Omar (392); Nora Azmin Radzuan (390) dan Habibah Mohd Yusof (388).

Seramai 40 calon menawarkan diri bagi jawatan itu selepas penyandang, Ermieyati Samsudin, menarik diri pada saat akhir sebelum pengundian berlangsung.

Seramai 769 perwakilan mengundi dan daripada jumlah itu 24 undi rosak. Pengumuman barisan baru itu diumumkan Timbalan Pengerusi Tetap Puteri Umno, Selasi Mahadi selepas keputusannya diserahkan oleh Tan Sri Elyas Omar pada jam 6.39 petang.

Keputusan yang sama turut ditayangkan di layar putih di Dewan Tun Dr Ismail tempat persidangan itu berlangsung.

Sementara itu, Rohani Abu Hassan mengekalkan jawatan Pengerusi Tetap Puteri selepas mendapat 541 undi, mengetepikan Norydal Othman yang hanya mendapat 225 undi.

Barisan kepimpinan baru Puteri Umno 2004/2007 diketuai oleh Noraini Ahmad manakala Naib Ketua Puterinya, Rosnah Abd Rashid Shirlin yang menang tanpa bertanding selepas berkompromi dengan Suraya Yaacob, Bibi Sharliza Abdul Khalid dan Shahaniza Shamsuddin.


Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.
Paparan terbaik dalam Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768