REAKSI EXCO BARU PUTERI
“Kita akan susun biro betul-betul sebab kita mahu (aktiviti) sampai ke semua bahagian. Mereka kena kerja keras bersama saya.”
– Ketua Puteri Umno yang baru, Noraini Ahmad.
“Kita rasa semua berkelayakan. Mereka perlu turun padang dan kita akan nilai mereka.”
– Ketua Puteri Puchong Shahlawati Manap.
“Tidak ada perbezaan walaupun exco ini terdiri daripada muka baru dan lama. Kami mempunyai agenda yang sama iaitu untuk berkhidmat kepada parti.”
– Ketua Puteri Wilayah Persekutuan Azlinda Mohd Rashad.
“Saya akan memberi tumpuan untuk menarik lebih ramai golongan muda menyertai Puteri Umno.”
– Ketua Puteri Terengganu Nordiana Shafie yang memperoleh undi tertinggi, iaitu 651 undi.
“Kami akan pastikan semua turun padang. Yang penting sekarang kami akan bekerja bersama.”
– Ketua Puteri Pulau Pinang Azlina Mehtab Mohamed Ishaq.
|