Mohd Zaidi dipilih wakili Pulau Pinang
BUTTERWORTH: Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said, dipilih oleh Pemuda Umno Pulau Pinang untuk berucap pada Perhimpunan Pergerakan Pemuda Ke-58, minggu depan.
Ketua Pemuda Umno negeri, Datuk Salim Bari, berkata Mohd Zaidi akan membangkitkan pelbagai isu termasuk konsep pembangunan ekonomi mengikut koridor yang merancakkan lagi ekonomi orang Melayu.
"Ucapan itu juga akan menyentuh isu agama, sosial termasuk berkaitan golongan remaja yang terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seperti Mat Rempit," katanya.
Beliau ditemui ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di pekarangan Ibu Pejabat Perda, di sini semalam.
Hadir sama, Pengerusi Perda, Datuk Hilmi Abdul Rashid, dan Pengurus Besar Perda, Azmi Lateh.
|