Shamsul Najmi mohon maaf
MARAN: Exco Pemuda Umno, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin memohon maaf kepada Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin kerana kenyataannya meminta menteri itu meletak jawatan jika tidak mampu memartabatkan Islam Hadhari menerusi program Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Pada Perhimpunan Agung Umno kelmarin, Shamsul Najmi mewakili Pemuda Umno mencadangkan Zainuddin meletak jawatan dan digantikan dengan orang baru, jika tidak mampu berbuat demikian.
“Saya tak berniat nak minta dia turun jawatan sebab itu hak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Siapalah saya nak turunkan dia.
“Dia dah layak duduk situ dan dia ada latar belakang agama. Saya dah lama sokong dia dan anggaplah apa saya sebut dalam ucapan semalam (kelmarin) sebagai rintihan orang agama,” katanya semalam.
|