Pantun Pak Lah mencuit
DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menggulung perbahasan semalam mencuit hati perwakilan dengan dua rangkap pantun mengenai kemesraan suami isteri dan keinginan untuk memiliki zuriat.
“Tadi saya sempat tulis pantun boria,” katanya.
Buai anak buai main tepi perigi
Kalau mahu anak baik-baik dengan bini
Buai tinggi-tinggi jangan rasa takut
Kalau tengok bini pandang pada perut
Ketika membaca rangkap kedua pantun berkenaan, Abdullah sempat mencelah, idea supaya suami berbaik-baik dengan isteri adalah petua orang tua.
Mendengarkan pantun itu, perwakilan yang menunggu Abdullah menggulung perbahasan selepas lima hari ‘berkampung’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bersorak dan ketawa.
Abdullah kemudian berkata, jenaka seumpama itu perlu bagi menghilangkan rasa kebosanan mendengar bahas sepanjang hari.
“Rahsia hendak bagi ramai (masuk ke dewan dan mendengar perbahasan) ialah kena bagi riuh rendah sikit,” katanya yang tampil segak dengan berbaju Melayu biru.
|