GLC kena serius bantu Melayu
SYARIKAT berkaitan kerajaan (GLC) diminta menyediakan satu penanda aras bagi menentukan bilangan sebenar usahawan Bumiputera berjaya yang ingin dilahirkan jika benar-benar ikhlas mahu membantu golongan itu.
Perwakilan Umno yang ditemui berkata GLC mempunyai tanggungjawab besar untuk membantu usahawan Bumiputera selaras aspirasi kerajaan untuk memperbesarkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPBB).
Ketua Pemuda Umno Johor, Razali Ibrahim berkata penanda aras itu penting bagi menentukan sejauh mana pihak terbabit benar-benar serius menyahut saranan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Katanya, GLC tidak boleh lagi menggunakan pendekatan retorik bagi menjayakan usaha itu, sebaliknya, perlu turun padang bagi mencari usahawan yang berpotensi untuk dibantu.
"Kalau misalnya mereka menetapkan 100 usahawan setahun, maka carilah dan beri penerangan mengenai peluang yan ada. Sekiranya ada dana disediakan bagi tujuan itu, gunakanlah bagi membantu mereka," katanya.
|