Laporan media Indonesia
JAKARTA: Perhimpunan Agung Umno yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelmarin turut mendapat perhatian beberapa akhbar nasional di Indonesia, semalam.
Akhbar popular Kompas menyiarkan berita hampir separuh halaman berserta gambar Abdullah yang juga Presiden Umno memberi ucapan dengan judul ‘Badawi: Umno Tidak Rasialis (perkauman)’.
Berita di halaman 10 itu antara lain menyiarkan penjelasan Abdullah bahawa tiada ruang bagi pihak yang cenderung ekstrim di Malaysia yang dianggapnya sebuah negara sederhana.
Abdullah juga dilaporkan meminta rakyat, baik Melayu yang majoriti mahupun Cina dan India menolak isu perkauman dan agama sambil memetik bahawa: “Harmoni di antara pelbagai masyarakat dan agama di Malaysia bukan sebuah pilihan tetapi keperluan. Tidak ada pilihan lain”. – Bernama
|