Nafi halang Dr M hadir

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad menafikan dakwaan sesetengah pihak mengenai sebarang cubaan untuk menyekat bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad daripada menghadiri perhimpunan agung Umno.

Beliau berkata, dakwaan itu bukan saja tidak berasas malah tidak pernah terlintas di fikiran semua pemimpin dan ahli Umno.

"Tidak, tidak, perkara itu tidak timbul. Tidak pernah terlintas di fikiran pemimpin, malah ahli Umno sendiri untuk menyekat mana-mana bekas pemimpin parti untuk menghadiri perhimpunan agung Umno.

"Ini semua tidak benar. Umno sebagai parti yang bertanggungjawab dan sudah 61 tahun memerintah negara, kita mempunyai tradisi mengundang semua bekas pemimpin," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan cek bernilai RM100,000 sumbangan QI Services (M) Sdn Bhd kepada Badan Kebajikan Kakitangan Umno bagi membiayai tabung pendidikan khairat kematian serta bantuan kecemasan.

Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.
Paparan terbaik dalam Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768