Pengerusi Tetap mohon maaf

SHAH ALAM: Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Onn Ismail, berharap perwakilan Umno memaafkan beliau kerana tidak dapat mempengerusikan perhimpunan kali ini kerana tahap kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Onn berkata, beliau kecewa tidak dapat dapat berbuat demikian kerana tidak pernah ketinggalan mengikuti Perhimpunan Agung Umno sejak 1970-an.

"Saya berasa letih sejak kebelakangan ini dan doktor menasihatkan saya berehat secukupnya sehingga tenaga saya kembali pulih sebelum boleh bekerja semula," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, walaupun kurang sihat, beliau tetap tidak mahu melepaskan peluang mengikuti perhimpunan kali ini yang dianggap penting sebelum pilihan raya umum diadakan, menerusi lintas langsung di kaca televisyen selain membaca surat khabar.

Onn yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkata, beliau juga berbangga dan lega kerana Timbalannya, Datuk Badruddin Amiruldin mampu menjalankan tugas dengan cemerlang seperti yang diamanahkan.

Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.
Paparan terbaik dalam Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768