Ucap Deepavali

PEMANGKU Pengerusi Tetap Umno, Datuk Badruddin Amiruldin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Hindu, sebelum memulakan hari kedua Perhimpunan Agung Umno, semalam.

Katanya, walaupun Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu tidak mengadakan rumah terbuka, Umno tidak mahu melepaskan peluang untuk menyampaikan ucapan itu.

"Ini sebagai simbol perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, orang Melayu turut sama meraikan sambutan Hari Deepavali," katanya.

Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.
Paparan terbaik dalam Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768