Najib puji bahas perwakilan
PERWAKILAN Umno yang membahaskan ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipuji Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kerana memiliki tahap pemahaman tinggi dan tahu apa yang hendak sentuh dalam ucapan masing-masing.
Beliau berkata, setakat semalam, 11 pembahas yang berucap dapat menyampaikan hujah masing-masing dengan bernas dan berjaya menarik perhatian perwakilan.
"Ada (pembahas) menyelitkan lawak jenaka tetapi dapat mengeluarkan fakta bernas dengan nada serius. Nampaknya, mereka memahami dengan apa yang dimahukan Presiden Umno serta menghayati dan dapat mengupas dengan baik apa yang dimaksudkan beliau dalam ucapannya," katanya.
Selain itu, Najib turut berharap mesej Presiden Umno dapat dihayati semua perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno kali ini dengan positif, sekali gus boleh menjelaskan kepada ahli akar umbi.
|