Hubungan luar tak terbatas di peringkat kerajaan: Syed Hamid
KERAJAAN mengadakan kerjasama erat dengan parti politik luar negara bagi mewujudkan semangat setiakawan dan bukan sekadar hubungan antara kerajaan dengan kerajaan.
Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata Malaysia menjalin kerjasama dengan cara menerima jemputan bagi menghadiri persidangan parti politik di sesebuah negara sebagai pemerhati.
"Kita ada mengadakan lawatan dengan menyertai persidangan parti politik asing di luar negara, sama seperti perwakilan politik asing yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung sekarang.
“Kita tidak mahu hubungan kerajaan antara kerajaan saja, malah juga dengan parti politik negara berkenaan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan 62 wakil parti politik dari 25 negara yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2007.
|