Isu angkasawan

ISU angkasawan bukan saja menjadi topik yang disentuh pembahas pada Perhimpunan Agung Umno kali ini, tapi turut menjadi buah mulut pemerhati terutama golongan muda.

Seorang pemerhati yang mengikuti perhimpunan sejak hari pertama berkata, meskipun diketengahkan kejayaan misi angkasawan negara, kebanyakan pembahas tidak menjelaskannya secara mendalam seolah-olah mereka tidak memahaminya.

"Kalau setakat nak kata itulah kemajuan dan itulah kebanggaan negara kita, itu biasa. Kami mengharap pembahas mengupasnya dengan lebih baik mengenai manfaat serta buka minda rakyat mengenai satu lagi kejayaan negara dalam bidang sains dan teknologi,” katanya.

Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.
Paparan terbaik dalam Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768