Loceng kereta api

UCAPAN Wakil Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi ke perhimpunan Wanita Umno mengundang gelak ketawa di kalangan pemerhati yang mengikutinya melalui skrin besar di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Ia berlaku apabila beliau mengulas ucapan dasar Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz sebagai padat, tepat dan sendat kerana merangkumi segala aspek dan hala tuju parti, walaupun ringkas.

Ucapan Ahmad Zahid sekali lagi mengundang ketawa apabila beliau berjenaka dengan menyatakan bahawa sepanjang sejarah pembabitannya dalam Umno, inilah kali pertama loceng kereta api dibawa masuk ke dalam dewan dan digunakan Pengerusi Persidangan Perwakilan Wanita.


Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.
Paparan terbaik dalam Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768