Nama angkasawan
PERSIDANGAN Perwakilan Puteri Umno semalam, riuh dengan sorakan setiap kali Pengerusi Tetap pergerakan itu, Rohani Abu Hassan menyebut nama angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.
Rohani menyebut nama Sheikh Muszaphar beberapa kali semalam ketika mengulas ucapan dasar Ketua Puteri, Datuk Noraini Ahmad yang berharap wakil ketiga angkasawan negara akan dipikul oleh wanita muda.
Sorakan kuat perwakilan itu mendapat perhatian Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang hadir apabila kedua-duanya dilihat menoleh kepada perwakilan sambil tersenyum.
|