Lelaki dicurigai ditahan
POLIS menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang cuba memasuki Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tanpa kebenaran ketika ucapan perasmian serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno, malam kelmarin.
Jurucakap polis berkata, lelaki itu ditahan kerana berkelakuan mencurigakan dan selepas disiasat, dia didapati tidak siuman dan diarah beredar meninggalkan kawasan PWTC.
|