Kad keahlian percuma

AHLI Umno yang mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mendapat kad keahlian secara percuma pada Perhimpunan Agung Umno 2007 dan berpeluang merebut hadiah bernilai RM5.25 juta, kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Husainay Hashim.

"Ahli yang mempunyai kad ini membolehkan mereka mendapat rebat tunai contohnya jika mereka adalah pelanggan Astro dan pelanggan talian Maxis," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Katanya Umno mengeluarkan 2.8 juta kad keahlian kepada ahli yang berdaftar dengan SPR dan akan diberikan kepada mereka hari ini.




Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.
Paparan terbaik dalam Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768