Pekarangan riuh
PEKARANGAN PWTC kembali riuh dengan gelagat peniaga yang menawarkan pelbagai produk seperti selendang, makanan, kosmetik, termasuk yang paling mendapat perhatian produk kesihatan.
Beberapa peniaga tidak segan silu mengedarkan risalah produk menguatkan tenaga batin lelaki dan awet muda. Malah, ada peniaga meminta pengunjung meluangkan masa untuk mengikuti demonstrasi bagaimana urutan paling berkesan.
Warna merah hati khemah gerai di perkarangan PWTC menceriakan suasana Perhimpunan Agung Umno 2007 kali ini. Warna rasmi Umno itu ternyata menyerap semangat peniaga yang mula berniaga seawal pagi semalam.
|