Wartawan terjatuh

SEORANG wartawan Bernama cedera selepas terjatuh ketika membuat liputan Perdana Menteri yang baru selesai menyampaikan amanat kepada perwakilan sempena Perhimpunan Agung Umno 2007, di sini, semalam.

Sophia Ahmad, 29, dikatakan dihalang oleh pengawal peribadi Perdana Menteri ketika cuba menghampiri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menemubual beliau sejurus selepas majlis taklimat berkenaan berakhir.

Berikutan itu, besi penghadang laluan terjatuh dan kena ibu jari kaki kirinya menyebabkan Sophia terjatuh dan kemudian dipijak orang ramai yang berpusu-pusu ingin mendekati Abdullah.

Beliau kemudian dibawa dengan ambulans ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 7.10 malam selepas doktor yang merawatnya mengesyaki tulang ibu jari kakinya retak. – Bernama

Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.
Paparan terbaik dalam Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768