Muka Utama
--------------------------
Laporan Persidangan
Rencana
Pemuda
Wanita
Puteri
Galeri Gambar
Keputusan Pemilihan
Corat-Coret
--------------------------
Berita Harian
Harian Metro
UMNO-online
Pemuda UMNO
Wanita UMNO
Putera UMNO
Puteri UMNO
UMNO TV
--------------------------
BUKAN HALANGAN: Orang ramai menonton penggulungan ucapan Presiden  menerusi skrin besar yang disediakan  di ruang legar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
AMALAN MULIA: Ketua Pemuda, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin mendaftar sebagai penderma organ.
ERA IT: Seorang perwakilan mencatat usul perbahasan menggunakan komputer riba di Perhimpunan Agung Umno 2007.
KAGUMI BAKAT: Orang ramai melihat demonstrasi khat oleh Ahli Kaligrafi Kanan Yayasan Restu, Ustaz Fadil Sulaiman.
BELAKANG TABIR: Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi  bergambar bersama Pengarang Berita, Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kiri) dan wartawan Berita Harian ketika melawat bilik operasi media  di PWTC.
TARIK MINAT: Jeanne melihat kain  yang diperagakan  Herlyana Herman ketika meninjau gerai    sementara  perhimpunan berhenti rehat untuk solat Jumaat.
UNTUK INGATAN: Ahli  Wanita mencatatkan sesuatu ketika  perwakilan membahaskan usul di PWTC, semalam.
KEBANGGAAN SEMUA: Ahli Puteri dari Sungai Petani mengambil gambar berlatarbelakangkan potret Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
NAMPAK AYU:  Puteri Umno Kelana Jaya, Sharifah Hamidah Syed Hamid Al-Hadad, 28, (kanan) dibantu Eszalifah Mohd, 25, mencuba kain songket bercorak Umno.
MESRA MEDIA:  Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diberi penerangan oleh  Rosli Rahmat (empat dari kiri) sambil diperhatikan Pengarang Foto, Kamaruddin Ahmad (duduk kanan) serta jurugambar kumpulan NSTP   bilik operasi Foto NSTP di PWTC.
BERI TUMPUAN:  Ketua Puteri Umno Cawangan Teluk Gadong, Perak, Rohana Abdullah (bertongkat) melawat pameran gerai Biro Latihan Keahlian Umno.
REAKSI SPONTAN: Isteri Presiden Umno, Datin Seri Jeanne Abdullah dan Isteri Timbalan Presiden Umno, Datin Seri Rosmah Mansor ketawa mendengar perwakilan membuat jenaka pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno, semalam.
GAYA BARU: Ahli  Putera Umno, Nazrin Rosni memakai songkok yang bersematkan kerongsang Umno.
MAKLUMAT: Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Badruddin Amiruldin dan   Datuk Johar Mahiruddin (kiri) membaca Berita Harian, semalam.
MESRA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin  Hussein sempat bergurau dengan Nur Zaim Mohd Nor Aldin yang menderma darah sempena Perhimpunan Agung Umno 2007.
AGENDA BANGSA: Pemandangan di dalam Dewan Merdeka, PWTC ketika Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan  ucapan penggulungan pada hari terakhir perhimpunan, semalam.
RAKAM KENANGAN: Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad  Badawi bergambar  dengan ahli Kelab Umno Luar Negara. Turut kelihatan Pengerusi kelab itu, Datuk Mohd Shafie Apdal dan Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin.
PETUGAS UMNO: Datuk Seri Abdullah Ahmad  Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Najib Razak bergambar dengan urus setia  Perhimpunan Agung Umno 2007 selepas berakhirnya perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. Turut kelihatan Datin Seri Jeanne Abdullah dan Datin Seri Rosmah Mansor  serta Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (kanan) dan isteri Datin Seri Mahani Abdul Hamid (dua dari kanan). Turut kelihatan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib (tiga dari kiri) dan Pemangku Pengerusi Tetap Datuk Paduka Badruddin Amiruldin (dua dari kiri).
TAK LEPASKAN PELUANG: Orang ramai  mengikuti perbahasan perwakilan menerusi skrin gergasi yang disediakan di ruang legar PWTC.
JUALAN PENGHABISAN: Orang ramai yang datang ke gerai jualan di PWTC pada hari terakhir perhimpunan, semalam. Peniaga kebiasaannya menurunkan harga kerana mahu menghabiskan stok.
SAMA PADAN: Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah ketika hadir  pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2007 di PWTC, semalam.
TERHIBUR: Anggota Majlis Tertinggi  (dari kanan) Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Abdul Ghani Othman, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, Datuk Dr Hilmi Yahya dan Datuk Seri Adnan Yaakob ketawa mendengarkan perbahasan usul agama dan sosial oleh wakil Kedah, Kamal Saidin pada hari terakhir Perhimpunan Agung  Umno 2007 di PWTC, semalam.
TANDA KESYUKURAN: Abdullah dan Najib memotong pulut kuning sambil dibantu isteri masing-masing, Datin Seri  Jeanne Abdullah dan  Datin Seri Rosmah Mansor  pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2007,  di PWTC,  semalam. Turut kelihatan, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (kanan) dan  Bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (dua dari kanan).
TEGUH BERSAMA: Najib bersalam dengan Abdullah selepas menggulung perbahasan, semalam.
DEMI MARUAH: Abdullah bersemangat  ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Umno  2007 di Dewan Merdeka PWTC, semalam.
MOHON RESTU: Abdullah berdoa sebelum minum pada hari keempat Perhimpunan Agung Umno 2007, semalam.
CARI PENYELESAIAN: Abdullah berbincang sesuatu dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin  Hussein pada   Perhimpunan Agung Umno 2007, di PWTC.
TELADAN MULIA: Jeanne menunjukkan kad penderma organ selepas mendaftarkan diri di bilik Promosi Kesedaran Kanser dan Kesihatan di Dewan Tun Razak, PWTC, sambil disaksikan Zuraidah (kiri).
PENDAPAT: Pemangku Pengerusi Tetap Umno, Datuk Badruddin Amiruldin bersama Pembantu Timbalan Pengerusi Tetap, Datuk Johar Mahiruddin berbincang sesuatu ketika Perhimpunan Agung Umno 2007.
AKRAB: Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz bersama Naib Ketua Pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menunjukkan tanda bagus pada Perhimpunan Agung Umno 2007.
PERLU DICONTOHI: Abdullah menurunkan tandatangan pada buku Onn Ja'afar Pejuang Terbilang Pengasas Sebuah Negara Bangsa sambil diperhatikan pengarang buku itu, Fadzil (kanan).
AMANAT BANGSA: Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Wanita, Datuk Seri Rafidah Aziz dan Ketua Pemuda, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Ahli Majlis Tertinggi  memberi tepukan selepas Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi  mengakhiri ucapan dasar ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno Ke-58 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
KONGSI PENDAPAT: Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak berbincang sesuatu ketika mendengar perbahasan perwakilan di PWTC, semalam.
GAYA SPONTAN: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Ketua Puteri, Datuk Noraini Ahmad bersahaja apabila melihat jurugambar mengarahkan lensa kamera ke arah mereka.
SATU SUARA: Perwakilan mengangkat tangan sebagai tanda menyokong usul ucapan Presiden yang dibentangkan.
KERJA AMAL: Datin Seri Jeanne Abdullah dibantu Asikin Aidi dari Pusat Darah Negara sambil diperhatikan Datuk Zuraidah Atan menderma darah ketika melawat gerai pameran Persatuan Kanser Malaysia anjuran Puteri Umno.
ORANG PENTING: Pemangku Pengerusi Tetap Umno, Datuk Badruddin Amirulddin dibantu Datuk Johar Mahiruddin (kanan) berbincang sesuatu.
LUANGKAN MASA: Ahli Puteri Umno Selayang, Nor Intan Rozana Dahari, 22 (kanan) dan Kamisah Ramli, 21 bermain catur ketika sesi rehat, tengah hari, semalam.
TARIK PEMBELI: Seorang penjual barang kemas emas menayangkan jualannya dalam usahanya menarik  wanita mengunjungi gerainya di ruang legar PWTC.
LAKSANA TUGAS: Seorang urus setia Umno meletakkan risalah di meja Ahli Majis Kerja Tertinggi sebelum persidangan sesi pagi bermula, semalam.
TAK LEPAS PELUANG: Datuk Nadzim  Razak dan isterinya, Datin Nor Juma Habib Mohamed turut hadir mengikuti ucapan perbahasan pada hari ketiga perhimpunan, semalam.
MURNI: (Dari kiri) Raja Aishah Raja Abdul Rahim, 19, Nor Hafizah Samsudin, 18, Raja Norlina Raja Abdul Rahim, 25, Azlin Salleh, 29, dan Noraziah Mohd Taf, 27 menderma Tabung Prihatin Puteri di perhimpunan UMNO 2007 di PWTC.
ANGGOTA keselamatan JPA3, menenangkan Mohd Syazwil Rafeil, 5 yang lemas ketika berasak-asak dengan para pemerhati di ruang legar PWTC.
SEBAHAGIAN daripada 33 pemerhati Parti Luar Negara mendengar ucapan melalui Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno 2007.
PRESIDEN Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno menyanyanyikan lagu Negaraku sebelum menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno 2007.
PENGERUSI perhimpunan, Badruddin Amiruldin membunyikan loceng penangguhan pada sesi perbahasan tengah hari pada Perhimpunan Agung Umno 2007.
KETUA Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz memperkatakan sesuatu kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien (kiri)  pada Perhimpunan Agung Umno 2007.
ISTERI Presiden Umno, Datin Seri Jeanne Abdullah dan Datin Seri Rosmah Mansor (kiri) tekun mendengar pembahas berhujah ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2007.
DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dengan Mohd Hidzir Othman, 40 dari Rembau Negeri Sembilan yang datang untuk mendengar ucapan daripada presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2007.
DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi mengangkat tangan sambil melaungkan 'Hidup Umno' dan 'Hidup Melayu' selepas memberikan ucapan di Perhimpunan Agung UMNO 2007 di Dewan Merdeka PWTC.
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi  berbual dengan Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn (kanan) sambil di perhatikan  Datin Seri Jeanne Abdullah, Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Noraini Ahmad sebelum perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2007 di Dewan Merdeka PWTC.
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menaikkan bendera Umno di perkarangan PWTC sambil di perhatikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) dan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad  sebelum perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2007 di Dewan Merdeka PWTC.
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memeriksa perbarisan di perkarangan PWTC sebelum perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2007 di Dewan Merdeka PWTC.
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sambut oleh Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin ketika hadir di Perhimpunan Agung UMNO 2007.
PRESIDEN Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diiringi Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz, Ketua Pergerakan Pemuda, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Ketua Pergerakan Puteri, Datuk Noraini Ahmad memeriksa perbarisan yang dianggotai Pergerakan Wanita, Putera dan Puteri sebelum merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2007.
PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dibantu isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah ketika memakai tag Perhimpunan Agung Umno sebelum bertolak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2007 dan membentangkan ucapan dasar presiden.
PEMANGKU Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (kiri) beramah mesra dengan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud (kanan) sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno menyampaikan ucapan dasar semasa merasmikan Perhimpunan Agung Umno Ke-58 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
ANGGOTA Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Azalina Othman Said (kiri) beramah mesra dengan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam (tengah) sambil diperhatikan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno menyampaikan ucapan dasar semasa merasmikan Perhimpunan Agung Umno Ke-58 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Perhimpunan tiga hari itu yang berlangsung sehingga Jumaat ini dihadiri 2,500 para perwakilan dari 190 bahagian.
JADI TUMPUAN:  Norhafizah Mohd Dom menunjukkan bingkai gambar yang dijual ketika Perhimpunan Agung Umno.
JAGA PENAMPILAN:  Perwakilan  Wanita  Bahagian Kudat, Sabah, Normadiah Alibaba sempat bersolek  sementara menanti bermulanya perhimpunan.
AMAL: Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pemuda Umno, Datuk Subahan Kamal (tengah) bersama ahli pergerakan itu  menunjukkan kad pendaftaran derma organ di PWTC.
AMBIL PELUANG:  Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid bertanyakan sesuatu mengenai produk tani selepas merasmikan Pusat Jualan Kuih Tradisional dan Produk Tani Negeri Kedah di PWTC, semalam.
TURUT BERMINAT: Ketua Pemuda Lipis, Abu Jimi Samat, 38, mencuba samping berlogo Umno sambil dibantu  Muhammad Sahiman Salleh, 26,  di   PWTC sempena  Perhimpunan Agung Umno.
JALANKAN TANGGUNGJAWAB: Perwakilan Puteri mengisi borang kehadiran sebelum Ketua Pergerakan Puteri, Datuk Noraini Ahmad  menyampaikan ucapan dasar Pergerakan Puteri.
BERTANYA KHABAR:  Jeanne   diiringi Penasihat Kehormat Persatuan Kanser Malaysia, Datuk Zuraidah Atan (empat dari kiri) bertanyakan sesuatu kepada  Norhanisah Nqadimin dan Azlena Tahir (kiri depan)  di PWTC, semalam.
PERSIAPAN RAPI: Wakil Pemuda, Mohd Zulhaili Mansor membawa Keris Panca Warisan ketika raptai persidangan Pemuda.
PASTIKAN CUKUP: Dua perwakilan  memeriksa beg yang   diterima dari kaunter pendaftaran.
AMBIL PELUANG: Seorang peniaga menolak troli yang mengandungi bungkusan kain  untuk dijual  sempena persidangan Umno.
HILANGKAN PENAT: Peserta perhimpunan Umno meluangkan masa untuk berehat sebelum persidangan bermula.
BERSEMANGAT: Sebahagian perwakilan Puteri menyanyikan lagu Jalur Gemilang sebelum Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak merasmikan Persidangan Agung Umno Pergerakan Pemuda Wanita dan Puteri, di PWTC semalam.
DETIK BERSEJARAH: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah  hadir pada  perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.
UNTUK BANGSA: Najib bersama  pemimpin   Wanita, Pemuda dan Puteri  bersemangat  menyanyikan lagu Negaraku  ketika merasmikan serentak ketiga-tiga persidangan pergerakan itu  di PWTC, malam tadi.
TAKLIMAT  PRESIDEN: Abdullah berucap pada majlis taklimat tertutup Presiden Umno di PWTC, menjelang Perhimpunan Agung Umno 2007.
Abdullah teliti teks amanat Presiden: PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno  meneliti teks ucapan amanat Presiden di Seri Perdana,  Putrajaya, semalam, yang akan dibentangkannya  pada Perhimpunan Agung Umno 2007. Seramai 2,522 perwakilan daripada  190 bahagian Umno,  12 parti dari 12 negara yang membabitkan  34 delegasi dan 68 perwakilan dari Kelab Umno Luar Negara menghadiri perhimpunan kali ini yang  berlangsung semalam  sehingga Jumaat ini.
PENUH SEMANGAT:  Hishammuddin dan   Khairy bersama ahli Pemuda  melaungkan ‘sedia gempur’ di PWTC, semalam.
DEMI PERJUANGAN: Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri menyanyikan lagu Negaraku sebelum ucapan perasmian   persidangan  di PWTC, malam tadi.
RAI MAJLIS:  Abdullah,  Jeanne,   Najib  dan Rafidah   memotong kek pada majlis rumah terbuka Aidilfitri pergerakan Wanita sambil diperhatikan  pemimpin tertinggi Umno lain   di PWTC, semalam.
KETUA Puteri Umno Tuaran, Sabah Efaridun Ismail menggunakan mesin mengimbas kad keahlian Umno yang disediakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam. Seramai 4,873 perwakilan dari 191 bahagian Umno, 12 parti dari 12 negara membabitkan 34 delegasi dan 57 perwakilan dari Kelab Umno Luar Negara menghadiri perhimpunan kali ini.
RAI MAJLIS: Dzariman (dua dari kiri) bersama   Tengku Adnan   dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shafie Apdal ketika majlis Aidilfitri anjuran Kelab Umno London baru-baru ini.
Buletin Putera tarik minat: TIMBALAN Presiden Umno, Datuk Seri   Najib  Razak dan isteri,   Datin Seri  Rosmah Mansor memegang   Buletin Edisi Khas Putera Umno ceria  bersama Ketua Pemuda, Datuk Seri Hishammuddin  Hussein, Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin serta  Pengerusi Putera, Datuk Abd Azeez Rahim    selepas merasmikan  Perhimpunan Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2007,  di   Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur,  semalam.
TARIK PERHATIAN:  Orang ramai dan perwakilan membeli cenderahati yang dijual      di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
IKON NEGARA: Sheikh Muszaphar dan  Dr Faiz (kiri) melambaikan kepada perwakilan sebelum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan amanat presiden di PWTC.
 BERI PENERANGAN:    Petugas   sibuk melayan   perwakilan yang mula mendaftar untuk menghadiri  Perhimpunan Agung Umno 2007.
 LENGKAP:  Perwakilan Puteri Umno Kuala Terengganu, Noormardiana Kamaruddin    menunjukkan kad keahlian Puteri dan pas masuk ke dewan   perhimpunan.
BERSEMANGAT:   Sebahagian perwakilan Puteri   menyanyikan lagu Jalur Gemilang sebelum Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak merasmikan Persidangan Agung Umno Pergerakan Pemuda Wanita dan Puteri, di PWTC semalam.
SUPAYA CANTIK: Seorang pekerja  membersihkan bingkai gambar Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk persiapan terakhir Perhimpunan Agung Umno 2007 di PWTC.
PERLU RAPI: Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Abdul Fattah Abdullah  membetulkan kain samping seorang anggota perbarisan Pemuda pada majlis raptai di hadapan PWTC di Kuala Lumpur, semalam.
PERSIAPAN AKHIR: Petugas membuat persiapan terakhir sebelum beg diagihkan kepada perwakilan.
PERSIAPAN AKHIR: Petugas menjalankan kerja menghias pentas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
BERI TUMPUAN: Nik Nurfatihah Yusof mengira dan menyusun 5,400 beg untuk perwakilan Umno.
LANGKAH KESELAMATAN: Inspektor Azamuddin Ahmad (tiga dari kiri) bersama anggota polis memeriksa alat kelengkapan telekomunikasi.
MUSIM REZEKI: Wahab Datu Indah (kanan) menyiapkan gerai jualan aksesori mutiara dari Sabah sambil dibantu  rakannya di PWTC, semalam.
<b>SIBUK: </b>Kakitangan Ibu Pejabat Umno, Suhana Mohd Ahir (kanan) dan rakan menyusun Buku Penyata Tahunan 2006-2007 bagi persiapan terakhir Perhimpunan Agung Umno 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.
ke atas

Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.
Paparan terbaik dalam Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768