Agihan subsidi lebih adil
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melakukan penstrukturan semula sistem subsidi melalui konsep pengagihan lebih adil yang mensasarkan rakyat berpendapatan rendah sebagai penerima utama bantuan itu, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
...berita penuh - Nov 10, 2007 4:13 pm
Najib ikrar setia bersama Pak Lah
DATUK Seri Najib Razak yang mewakili kepemimpinan Umno Pusat dan negeri, berikrar berdiri teguh di belakang Presiden parti dan akan bekerja keras untuk cemerlang pada pilihan raya umum akan datang bagi merealisasikan gagasan serta inisiatif yang diperkenalkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
...berita penuh - Nov 10, 2007 4:12 pm
Amaran PM jangan cabar undang-undang negara
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan demonstrasi jalanan yang dirancang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang hari ini bukan cara untuk membawa perubahan, sebaliknya ia perlu dilakukan menerusi pilihan raya.
...berita penuh - Nov 10, 2007 4:11 pm
BNM diminta tetap dana agromakanan
NAIB Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin meminta Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan sejumlah peratusan dana bagi pinjaman oleh institusi perbankan tempatan khusus untuk membiayai inisiatif agromakanan. Oleh itu, katanya, institusi kewangan tidak seharusnya menumpukan pembiayaan pinjaman kepada usahawan berkaitan bidang perladangan komoditi seperti kelapa sawit, koko dan getah.
...berita penuh - Nov 10, 2007 4:10 pm
Sumbangan pemimpin muda dituntut
PRESIDEN Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam mengingatkan pemimpin Kelab Umno Luar mengenai peranan mereka sebagai generasi muda bagi membantu negara mencapai Misi Nasional, selain mengharungi dan mengisi fasa 50 tahun kedua selepas merdeka.
...berita penuh - Nov 10, 2007 4:10 pm
Pantun Pak Lah mencuit
DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menggulung perbahasan semalam mencuit hati perwakilan dengan dua rangkap pantun mengenai kemesraan suami isteri dan keinginan untuk memiliki zuriat.
...berita penuh - Nov 10, 2007 4:09 pm
Unitar milik penuh Umno, distruktur bantu Melayu
TIMBALAN Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) kini dimiliki sepenuhnya Umno dan akan melalui proses penstrukturan semula untuk membantu orang Melayu dalam bidang keusahawanan.
...berita penuh - Nov 10, 2007 4:08 pm
10 firma Melayu akan ke bursa
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenal pasti lima hingga 10 syarikat Bumiputera untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dan Mesdaq tahun depan sebagai usaha untuk meneruskan perjuangan bagi mencapai matlamat Agenda Melayu.
...berita penuh - Nov 10, 2007 4:07 pm

8 tajuk seterusnya...



Pendekatan Pak Lah rapatkan keluarga Umno
KETIKA bersalam dengan wartawan di bilik media Aras 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sebelum acara menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung Umno Jumaat lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, seperti biasa tidak menolak ajakan untuk sesi bergambar.
...berita penuh - Nov 12, 2007 12:07 pm
Analisis: Mesej jelas kemantapan perpaduan Umno
KETIKA bersalam dengan sebahagian perwakilan pada akhir Perhimpunan Agung Umno petang Jumaat lalu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, tetap ceria meskipun menerima usikan tanpa henti mengenai hidungnya dan kadangkala Menteri Pelajaran itu disapa dengan usikan ‘hidung Turki’.
...berita penuh - Nov 12, 2007 11:53 am
Penjelasan Presiden perkukuh kepemimpinan
KEDUDUKAN Umno sebagai parti teras Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara menyebabkan perbahasan dan keputusan dalam setiap Perhimpunan Agung Umno diberi perhatian kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat. Perhimpunan tahun ini tidak terkecuali. Pelbagai isu seperti cabaran terhadap hak istimewa orang Melayu yang sebelum ini kabur menjadi jelas. Bagaimanapun, banyak lagi perkara penting yang menyelubungi perhimpunan kali ini.
...berita penuh - Nov 12, 2007 11:51 am
Pembangunan Melayu, modal insan kupasan terbaik
? APA pandangan Dr mengenai perhimpunan agung Umno tahun ini berbanding tahun sebelum ini
Perkara yang ketara dibincangkan perwakilan tahun lalu adalah agenda Melayu, selain pembahagian ekuiti ekonomi. Tahun ini, terdapat beberapa perkara lain yang dibahaskan perwakilan.

...berita penuh - Nov 12, 2007 11:49 am

4 tajuk seterusnya...
------ GALERI ------
BUKAN HALANGAN: Orang ramai menonton penggulungan ucapan Presiden  menerusi skrin besar yang disediakan  di ruang legar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
------ TEKS UCAPAN ------
Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi
Presiden UMNO
Teks Ucapan 2007

Memperkukuh keyakinan - meneroka era baru
Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata’ala, kita sekali lagi dapat berhimpun untuk melangsungkan Perhimpunan Agung UMNO kali ke lima puluh lapan. Perhimpunan Agung UMNO kali ini, berlangsung ketika negara baru merayakan ulang tahun kemerdekaan kali kelima puluh. Perhimpunan ini juga merupakan Perhimpunan Agung UMNO yang pertama untuk 50 tahun akan datang. Bermula dari pilihan raya umum tahun 1955, UMNO di bawah parti PERIKATAN telah menubuhkan kerajaan berasaskan perkongsian kuasa. Negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957.  ...lagi

Datuk Seri Najib Tun Razak
Naib Presiden UMNO
Teks Ucapan 2007

'Bangsa Angkasa' bertamadun hebat
ALHAMDULILLAH, eloklah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, maka sekali lagi kita dapat bersama-sama menghadiri perhimpunan bersejarah di Dewan Merdeka yang indah ini.  ...lagi

------ CORAT-CORET... ------

Isu angkasawan
ISU angkasawan bukan saja menjadi topik yang disentuh pembahas pada Perhimpunan Agung Umno kali ini, tapi turut menjadi buah mulut pemerhati terutama golongan muda.
Perwakilan kena ‘langgar’
SEHINGGA semalam, laporan hilang dompet dan hilang anak dianggap biasa oleh polis melainkan satu laporan yang diterima membabitkan seorang perwakilan didakwa dilanggar oleh seseorang ketika berhimpit di kawasan gerai.
...Lagi

Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.
Paparan terbaik dalam Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768