laman utama
jadual imsak dan berbuka
fadilat ramadan
doa ramadan
soaljawab ramadan
salam aidilfitri
kisah rasul
sinar ramadan
ramadan al-mubarak
pesan rasulullah
rehal ramadan
ihya ramadan
selera ramadan
5 perkara hindar akhlak buruk



ORANG yang puasa wajib meninggalkan akhlak buruk. Segala tingkah lakunya harus cerminan daripada budi yang luhur.

Kita wajib menjaga diri jangan sampai melakukan ghibah seperti mengata orang lain, gosip dan melakukan hal yang tiada berguna.

Pada Ramadan ini, umat Islam sangat digalakkan memperbanyakkan menyebut mengenai lima perkara seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad saw.

Insya-Allah dengan selalu menyebut dan mengingatinya memberi kesedaran kepada kita sepanjang Ramadan ini.

Rasulullah mengingatkan umatnya mengenai lima perkara itu iaitu:

  • Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk;

  • Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia;

  • Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal kematian daripada hal kehidupan;

  • Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga; dan

  • Jangan sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

    Semoga lima perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan ketika Ramadan ini.


    Hantar kepada kawan      Format pencetak


  • Emel kami untuk sebarang maklumbalas. Persoalan lain emelkan pada editor, atau sales untuk maklumat pemasaran.
    Hakcipta 2008© Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia. 
    Powered by: Zope, Red Hat, Apache, Python, Perl