laman utama
jadual imsak dan berbuka
fadilat ramadan
doa ramadan
soaljawab ramadan
salam aidilfitri
kisah rasul
sinar ramadan
ramadan al-mubarak
pesan rasulullah
rehal ramadan
ihya ramadan
selera ramadan
Keutamaan mencintai kebenaran agama



DARIPADA Anas bahawa seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad saw: "Bilakah akan berlaku kiamat wahai Rasulullah?" Sabda Baginda: "Apa yang kamu sediakan untuk menghadapinya?

Jawabnya: "Aku tidak sediakan untuknya sembahyang, puasa dan sedekah yang banyak, tetapi aku cintakan Allah dan rasul-Nya."

Sabda Baginda lagi: “Kamu akan berada (dihimpun) bersama-samaku orang yang kamu kasihi." (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam hadis di atas, Rasulullah apabila ditanya mengenai kiamat, Baginda mengalih tumpuan kepada perkara yang lebih utama iaitu persediaan untuk menghadapinya.

Apabila dikemukakan persoalan itu kepada lelaki berkenaan jawabnya: "Aku tidak sediakan banyak sembahyang, puasa atau sedekah dan derma. Tetapi yang pasti aku cintakan Allah dan rasul-Nya.”

Lalu, Rasulullah bersabda: "Kamu akan dibangkitkan pada akhirat nanti dan akan dihimpunkan bersama orang yang kamu kasihi itu. Kalau kamu benar-benar cintakan aku, kamu akan dihimpunkan bersama-samaku di syurga nanti.”

Kesimpulannya, orang yang benar-benar kasihkan Allah dan rasul serta mencintai ajaran agamanya pasti akan berjaya dan dikasihi Allah dan rasul-Nya.

Perkara ini kerana dia akan mengikut jejak langkah Baginda sebagai contoh dalam kehidupannya.


Hantar kepada kawan      Format pencetak


Emel kami untuk sebarang maklumbalas. Persoalan lain emelkan pada editor, atau sales untuk maklumat pemasaran.
Hakcipta 2008© Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia. 
Powered by: Zope, Red Hat, Apache, Python, Perl