laman utama
jadual imsak dan berbuka
fadilat ramadan
doa ramadan
soaljawab ramadan
salam aidilfitri
kisah rasul
sinar ramadan
ramadan al-mubarak
pesan rasulullah
rehal ramadan
ihya ramadan
selera ramadan
Cara mukmin capai tahap akhlak mulia, hapus kesalahan



RASUL dan nabi diutus oleh Allah untuk memandu umat manusia menjadi insan berakhlak atau budi pekerti mulia. Malah menurut Syeikh Dr Muhamad al-Ghazali bahawa semua ibadat yang diperintahkan oleh Allah, termasuk puasa menjurus kepada pembinaan akhlak mulia.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Baihaqi, Rasulullah bersabda : “Akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan, bagaikan air yang menghancurkan tanah yang keras. Dan akhlak yang jahat pun boleh merosakkan amal, seperti cuka merosakkan manisnya madu.”

Ibadat puasa mendidik diri kita untuk mencapai tahap akhlak tinggi. Perkara ini kerana puasa yang sebenar, bukan hanya puasa daripada makan dan minum, malah menahan diri daripada melakukan perkara di luar batas akhlak seperti berdusta, mencerca, mengumpat, mengadu domba dan memfitnah.

Begitu juga halnya dengan ibadat zakat yang mempunyai pesan moral pembinaan akhlak yang mulia dengan mendidik untuk menjauhi akhlak keji seperti tamak, haloba, bersifat individualistik, mementingkan kebendaan dan tidak berkasih sayang.

Pendeknya semua ibadat yang disyariatkan oleh Allah kepada hamba-Nya berfungsi sebagai mentarbiah manusia agar memiliki nilai akhlak yang mulia. Perkara ini seperti ditunjukkan dalam keperibadian Rasulullah yang menjadi teladan unggul.

Dalam hal ini, Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Sesungguhnya aku diutus sebagai penyempurna akhlak yang mulia.” (Hadis riwayat Ahmad)


Hantar kepada kawan      Format pencetak


Emel kami untuk sebarang maklumbalas. Persoalan lain emelkan pada editor, atau sales untuk maklumat pemasaran.
Hakcipta 2008© Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia. 
Powered by: Zope, Red Hat, Apache, Python, Perl