Maksud Berwuquf: Berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan
Waktu Wuquf: Bermula dari gelincir matahari hari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar hari 10 Zulhijjah
Waktu Afdal Wuquf: Berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah
Syarat Berwuquf: - Telah berihram dengan niat haji
- Seorang yang ahli beribadat (Tidak Gila/Tidak Mabuk/Tidak Hilang Akal Sepanjang Masa)
- Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu Wuquf
Amalan-Amalan Sunat Berwuquf: - Sembahyang berjemaah
- Bertalbiah
- Berdoa
- Berzikir
- Membaca al-Quran
- Sembahyang-sembahyang sunat