1.
Hendaklah Melontar dengan 7 biji anak batu pada tiap-tiap Jamrah.
2.
Hendaklah Melontar dengan tertib dimulai dari Jamratul Ula, kemudian Jamratul Wusta dan di akhiri di Jamratul Aqabah.
3.
Hendaklah Melontar tidak terpesong daripada tujuan lain.
4.
Hendaklah Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya.
5.
Hendaklah batu lontaran masuk ke dalam takungan Jamarat dengan yakin.
6.
Hendaklah Melontar dengan gaya melontar.
7. Hendaklah Melontar dengan tangan.
8. Tertib hari Melontar, bermakna tidak sah Melontar pada hari ke-11, melainkan setelah Melontar Jamratul Aqabah dan tidak sah Melontar hari ke-12, melainkan sudah Melontar bagi hari ke-11. Begitu juga tidak sah Melontar untuk hari ke-13 kecuali setelah Melontar untuk hari ke-12.
9. Dilarang Melontar untuk orang lain kecuali setelah Melontar ketiga-tiga Jamarat untuk dirinya sendiri.