Jemaah wajib sempurna tawaf, bayar dam ? Apakah hukumnya orang yang sudah Tahallul kemudian teringat bahawa tawafnya tidak cukup tujuh keliling. Tawaf itu tidak sah dan dia wajib mencukupkan tawafnya. Kemudian melakukan sai dan bercukur/bergunting rambut di kepalanya dan wajib ke atasnya membayar dam. Dam menggunting rambut sebelum sempurna tawaf dan sai (Dam Takhyir dan Taqdir)
Jemaah boleh cukur rambut orang lain ? APAKAH Hari Nahar. ri Nahar ialah hari 10 Zulhijah (Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban). Pada hari itu jemaah haji melontar Jamrah Kubra.
Tidak sah dahulukan sa'ie sebelum tawaf ? Apakah hukum melakukan sa'ie umrah dulu daripada tawaf kerana tidak tahu di mana tempat tawaf. Jemaah haji melakukan sa'ie dulu daripada tawaf adalah tidak sah.
Tawaf ifadah, sa'ie afdal elok disegerakan ? APAKAH hukum jemaah haji yang sengaja melewat-lewatkan tawaf ifadah dan sa'ie sehingga masuk Muharam tahun baru? Jemaah haji yang sengaja melewat-lewatkan tawaf ifadah dan sa'ie sehingga masuk Muharam tahun baru hukumnya makruh tetapi yang afdalnya hendaklah disegerakan.
Larangan sentuh kelambu Kaabah ketika tawaf ? YANG manakah lebih afdal sama ada membanyakkan tawaf sunat atau membanyakkan sembahyang sunat. Membanyakkan Tawaf Sunat adalah lebih afdal.
Guna ubat gigi, sabun mandi wangi harus selepas pakai ihram ? APAKAH hukum seseorang yang dalam ihram memakai songkok, baju atau menggunakan air wangi dengan terlupa atau tidak sengaja. Hukumnya ia tidak dikenakan dam dan tidak berdosa, tetapi hendaklah dia menanggalkan segera selepas ingat atau diperingatkan.
Perempuan haid boleh niat ihram ? SEORANG perempuan dalam haid, bolehkah dia mandi sunat ihram. Boleh, kerana disunatkan sedemikian.
Berniat di Bir Ali amalan Nabi Muhammad ? BAGAIMANA cara seseorang yang mengerjakan Haji Tamattuk boleh melakukan Tawaf Qudum. Jemaah yang mengerjakan Haji Tamattuk boleh melakukan Tawaf Qudum apabila mereka selesai. Umrahnya mereka keluar ke miqat untuk berniat haji dan selepas itu masuk balik ke Makkah dan di sini mereka disunatkan Tawaf Qudum.
Lima syarat dikenakan dam bagi tamattu' ? MENGAPA orang yang mengerjakan haji tamattu' dikenakan dam. Orang yang mengerjakan haji tamattu' dikenakan dam kerana beliau mengerjakan umrah dan haji dalam bulan haji pada tahun sama. Dikatakan juga kerana ia bertamattu' (bersedap-sedap dengan menanggalkan ihram selepas berihram) dalam bulan haji dan tidak keluar ke miqatnya atau ke suatu tempat yang jaraknya sekurang-kurangnya dua marhalah dari Tanah Haram itu untuk berniat ihram haji.
Sunat jika suami isteri bersama ke Tanah Suci ? APAKAH persediaan untuk menunaikan fardu haji. Adakah wang perbelanjaan yang cukup menjadi matlamat terpenting dengan tidak mengambil perhatian terhadap perkara lain seperti sembahyang serta wajib, rukun dan cara mengerjakan haji dan perkara lain yang ada hubungan dengannya. Selain wang perbelanjaan mengerjakan haji, kesihatan dan bekalan yang cukup, bakal jemaah mesti menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai cara hendak mengerjakan ibadat haji itu daripada rukun, wajib, sunat, sah, batal, haram dan sebagainya.
Haji badal perlu dapat keizinan ? ADAKAH sah haji badal orang yang diupah hajinya ketika berniat
disebutkan nama saja tanpa binnya? Sah hajinya selagi diniatkan haji itu untuk orang yang ditentukan.
Anak boleh kerjakan haji untuk ibu bapa ? SESEORANG meninggal dunia sebelum mengerjakan haji sedangkan pada masa hayatnya ia berkuasa, adakah wajib dilakukan haji daripada hartanya Wajib dihajikan daripada hartanya sebelum dibahagikan kepada waris sama ada ia berwasiat atau tiada.
Wanita tunai haji bersama suami elak timbul fitnah ? TERANGKAN permasalahan mahram dalam ibadat haji bagi bakal haji wanita Malaysia. Hukum wanita yang akan belayar menunaikan haji bersama mahram adalah seperti berikut:
Dilarang tunai haji ketika edah suami mati ? ADAKAH wajib seseorang perempuan menunaikan fardu haji dengan seorang diri saja. Tidak, dia disyaratkan pergi bersama-sama suami atau mahramnya atau perempuan yang "thiqah" iaitu yang dipercayai sekurang-kurangnya dua orang dan dia tidak berada di dalam edah.
Halal haram sumber kewangan pergi haji ? ADAKAH wajib haji di atas orang yang ada mempunyai rumah lebih daripada secukupnya (hajatnya), tetapi dia tidak ada wang untuk perbelanjaan haji. Mengikut Mazhab Syafie orang yang sedemikian wajib ke atasnya mengerjakan haji.
Tidak boleh berhutang untuk pergi Haji ? APA erti berkuasa dalam ibadat haji. Berkuasa bererti berupaya menunaikan fardu haji sama ada dengan sendirinya atau dengan pertolongan orang lain.
Mumaiyiz tetap wajib haji selepas baligh ? Apakah perbezaan di antara dua haji dan umrah. Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah Al Haram dalam bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat serta menunaikan segala rukun dan wajibnya.