? Apakah hukumnya orang yang sudah Tahallul kemudian teringat bahawa tawafnya tidak cukup tujuh keliling.
Tawaf itu tidak sah dan dia wajib mencukupkan tawafnya. Kemudian melakukan sai dan bercukur/bergunting rambut di kepalanya dan wajib ke atasnya membayar dam. Dam menggunting rambut sebelum sempurna tawaf dan sai (Dam Takhyir dan Taqdir)
? Adakah sah seorang jemaah haji mengerjakan umrah sekembalinya dari Mina, sedangkan beliau belum Tahallul Thani lagi (belum selesai kerja haji).
Jemaah haji yang masih lagi belum selesai Tahallul Thani (belum selesai kerja haji) adalah dilarang mengerjakan umrah (tidak sah umrahnya).
? Berapa jamkah sekurang-kurangnya seseorang itu mesti bermalam di Mina (Mabit di Mina) tiap-tiap malam hari Tasyrik.
Seseorang itu mesti bermalam di Mina (Mabit di Mina) sekurang-kurang masanya lebih daripada separuh malam. Sekiranya jumlah masa daripada masuk matahari hingga terbit fajar 12 jam maka hendaklah dia berada di sana lebih daripada enam jam. Pendapat Al Asah (kedua) dikira mabit dengan semata-mata berada di Mina ketika terbit fajar kedua (subuh).
? Bolehkah bermalam di Mina itu diwakilkan kepada orang lain.
Tidak boleh.
Jawapan disediakan Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji
Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights
reserved. Emel
kami sebarang maklum balas.