Muka Depan | Berita | BicaraHaji | SoalJawab | BH | HM 
Panduan Haji & Umrah
Bil 
Tajuk
1 Talbiah
2 Rukun dan Wajib Haji
3 Niat Mengerjakan Haji
4 Peta Miqat Haji dan Umrah
5 Wuquf di Arafah
6 Zikir-Zikir pada Hari Wukuf
7 Tawaf dan Pengertian
8 Panduan Permulaaan dan Penghabisan Tawaf
9 Kedudukan Ka'bah
10 Sa'ie dan Pengertian
11 Kedudukan Safa & Marwah
12 Larangan-Larangan Dalam Masa Ihram
13 Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
14 Syarat-Syarat Melontar
15 Melontar Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah (Hari Nahar) di Mina
16 Bermalam (Mabit) di Mina
17 Melontar Jamarat pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah di Mina (pada hari-hari Tasyriq)
18 Rukun dan Wajib Umrah
19 Niat Mengerjakan Umrah
20 Jenis-Jenis Haji
21 Ringkasan Cara-Cara Mengerjakan Haji
22 Tawaf Wada' dan Hukumnya
23 Dam
24 Dam Ihsar
25 Ziarah Madinah
26 Nama dan Nombor Pintu-Pintu Masjid Nabawi
SOAL JAWAB:
Tawaf ifadah, sa'ie afdal elok disegerakan


? APAKAH hukum jemaah haji yang sengaja melewat-lewatkan tawaf ifadah dan sa'ie sehingga masuk Muharam tahun baru?

Jemaah haji yang sengaja melewat-lewatkan tawaf ifadah dan sa'ie
sehingga masuk Muharam tahun baru hukumnya makruh tetapi yang afdalnya
hendaklah disegerakan.

? Apakah hukum jemaah haji yang sihat mengerjakan tawaf dengan
menggunakan usungan semata-mata kerana tidak mahu bersesak-sesak?


Jemaah haji yang sihat mengerjakan tawaf dengan menggunakan usungan
adalah sah tawafnya tetapi makruh.

? Orang yang jatuh sakit di Makkah dan ia dikatakan (uzur syarie)
sejauh manakah kedudukan itu yang ada kalanya boleh diupah dan ada
kalanya tidak boleh diupah?


Yang boleh diupah bagi orang yang uzur syarie hanya melontar, adapun
tawaf dan saie tidak sah diupah kepada orang lain. Sebaliknya seseorang
itu hendaklah mengerjakan sendiri, tetapi diharuskan mengupah orang lain
untuk menolaknya dengan kerusi roda.

? Jemaah haji yang uzur mengupah seorang untuk melakukan tawaf dan
sa'ienya tanpa orang yang mengupah itu ikut sama. Bagaimanakah pandangan
syarak berhubung perkara ini?


Tidak sah mengupah orang lain untuk mengerjakan tawaf dan sa'ie
sebaliknya seseorang itu hendaklah mengerjakan sendiri tetapi diharuskan
mengupah orang lain untuk menolaknya dengan menggunakan kerusi roda.

? Seorang perempuan telah berniat ihram haji Ifrad tetapi apabila
sampai ke Makkah didatangi haid. Bilakah ia boleh melakukan tawaf qudum?


Ia hendaklah menunggu hingga berhenti haidnya, kemudian mandi
mengangkat hadas. Selepas itu barulah boleh melakukan tawaf qudum.

? Adakah dikira sah jemaah haji yang uzur melakukan sa'ie dengan
menaiki kereta sorong yang disediakan oleh Kerajaan Arab Saudi, tetapi
mereka disorong hanya sampai setakat penghabisan pagar perjalanan kereta
itu saja?


Ya, dikira sah kerana ia bersa'ie di kawasan yang termaklum (Batnul
Wadi). Selain itu, Kerajaan Saudi mengehadkan pangkal bukit Safa dan
Marwah ialah pada penghabisan pagar laluan kereta sorong itu, dan untuk
makluman pada tahun 1950-an dulu asal Bukit Safa dan Marwah itu (tapak
tangga) adalah lebih ke bawah lagi dan hukum menaiki hingga anak-anak
batu itu adalah sunat bagi lelaki saja, tidak bagi perempuan.

? Adakah sah saie, suami isteri yang sama-sama mengerjakan sa'ie dalam
keadaan suami menyorong dan isteri duduk di atas kereta yang disorong
kerana isteri uzur tidak dapat berjalan?


Hukumnya sah, dengan syarat suaminya mengqasadkan untuk sa'ie dan bukan
semata-mata menyorong.

? Adakah sah seseorang bersaie, selepas ia sa'ie tiga kali pusingan, ia
pun balik ke rumah sama ada uzur ataupun tidak, kemudian esoknya barulah
ia melakukan empat pusingan lagi?


Ya, sah kerana muwalat dalam sa'ie adalah sunat saja.

? Adakah kawasan sa'ie di tingkat atas itu masih bertapak di bukit
'Batnul Wadi' (tempat yang termaklum) dan adakah sah bersa'ie di kawasan
itu?


Ya, kawasan sa'ie di tingkat atas itu masih bertapak di "Batnul Wadi'
(tempat yang termaklum). Mengikut pendapat yang muktamad sah sa'ie di
kawasan itu dan walau di kawasan di tingkat langit ketujuh atau di bawah
tanah ketujuh sekalipun.

? Apakah hukum sa'ie seseorang yang bersa'ie kerana disangkanya sudah
mengerjakan tawaf dan ia bercukur dengan tidak tawaf?


Hukum sa'ienya tidak dikira sah dan ia dikenakan dam kerana bercukur
sebelum sampai masanya, dan ia hendaklah melakukan tawaf dulu kemudian
mengulangi saie dan bercukur. Damnya adalah takhyir dan taqdir.


Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.