Muka Depan | Berita | BicaraHaji | SoalJawab | BH | HM 
Panduan Haji & Umrah
Bil 
Tajuk
1 Talbiah
2 Rukun dan Wajib Haji
3 Niat Mengerjakan Haji
4 Peta Miqat Haji dan Umrah
5 Wuquf di Arafah
6 Zikir-Zikir pada Hari Wukuf
7 Tawaf dan Pengertian
8 Panduan Permulaaan dan Penghabisan Tawaf
9 Kedudukan Ka'bah
10 Sa'ie dan Pengertian
11 Kedudukan Safa & Marwah
12 Larangan-Larangan Dalam Masa Ihram
13 Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
14 Syarat-Syarat Melontar
15 Melontar Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah (Hari Nahar) di Mina
16 Bermalam (Mabit) di Mina
17 Melontar Jamarat pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah di Mina (pada hari-hari Tasyriq)
18 Rukun dan Wajib Umrah
19 Niat Mengerjakan Umrah
20 Jenis-Jenis Haji
21 Ringkasan Cara-Cara Mengerjakan Haji
22 Tawaf Wada' dan Hukumnya
23 Dam
24 Dam Ihsar
25 Ziarah Madinah
26 Nama dan Nombor Pintu-Pintu Masjid Nabawi
SOAL JAWAB:
Larangan sentuh kelambu Kaabah ketika tawaf


? YANG manakah lebih afdal sama ada membanyakkan tawaf sunat atau
membanyakkan sembahyang sunat.


Membanyakkan Tawaf Sunat adalah lebih afdal.

? Apakah hukum bertawaf di tingkat atas Masjidil Haram.

Hukumnya sah, dengan mengikut syarat tertentu dalam tawaf walaupun
tingkat atas itu lebih tinggi daripada Kaabah.

? Apakah hukum seseorang yang mengerjakan haji ifrad tetapi tidak
melakukan tawaf qudum.


Seseorang yang tidak mengerjakan tawaf qudum sah haji kerana tawaf
qudum itu sunat.

? Adakah wajib muwalat (berturut-turut) mengerjakan tawaf dan sai bagi
haji dan umrah.


Tidak wajib muwalat iaitu mengerjakan dengan berturut-turut antara
tawaf dan sai, harus selepas tawaf mengerjakan kerja lain dulu seperti
berehat di tempat kediaman dengan menjaga daripada larangan di dalam
ihram walaupun beberapa hari baru dikerjakan pula sai. Adalah lebih afdal
selepas selesai mengerjakan tawaf mengerjakan sai secara berturut-turut.

? Adakah sah tawaf tersentuh Hijir Ismail atau tersentuh kelambu Kaabah.

Tidak sah tawaf bagi mereka yang tersentuh Hijir Ismail atau kelambu
Kaabah kerana ia melanggar syarat sah mengerjakan tawaf. Mereka yang
tersentuh hendaklah mengulangi pusingan yang terbatal itu saja.

? Apakah hukum tawaf apabila seorang perempuan terbuka aurat di
bahagian tangan ketika tawaf.


Kalau disengajakan batal tawaf dan kalau tidak sengaja dan segera tutup
kembali, dimaafkan.

? Rasa ragu-ragu pada masa melafazkan niat tawaf, adakah sah tawaf.

Jika ragu-ragu kepada lafaz tidak menjejaskan akan tawaf tetapi jika
ragu-ragu kepada niat ia menjejaskan tawaf, yang wajib berniat seperti,
tawaf nazar, sunat dan wada'. Adapun tawaf haji dan umrah tidak perlu
kepada niat.

? Adakah sah haji/umrah apabila seseorang tidak tawaf tetapi bersai dan
tahallul.


Seseorang yang tidak tawaf walaupun ia bersai dan tahallul maka haji
dan umrah tidak sah. Ia dikenakan dam takhyir dan taqdir kerana mengerat
rambut sebelum tiba masanya. Ia dikehendaki menyempurnakan tawaf
haji/umrah diikuti dengan sai dan tahallul.

? Seorang jemaah haji bersama anak yang berumur dua tahun sama-sama
mengerjakan haji. Bolehkah ia mendukung anak tersebut untuk tawaf
bersamanya.


Boleh jika jemaah haji hendak mengerjakan tawaf anak dulu, tetapi tidak
boleh tawaf untuk kedua-dua secara serentak (ayah, ibu dan anak).

? Adakah tawaf seseorang itu boleh dikerjakan oleh orang lain.

Tawaf seseorang tidak boleh dikerjakan oleh orang lain, kerana kerja haji yang boleh dikerjakan oleh orang lain hanya melontar saja bagi mereka yang uzur syarii.


Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.