Muka Depan | Berita | BicaraHaji | SoalJawab | BH | HM 
Panduan Haji & Umrah
Bil 
Tajuk
1 Talbiah
2 Rukun dan Wajib Haji
3 Niat Mengerjakan Haji
4 Peta Miqat Haji dan Umrah
5 Wuquf di Arafah
6 Zikir-Zikir pada Hari Wukuf
7 Tawaf dan Pengertian
8 Panduan Permulaaan dan Penghabisan Tawaf
9 Kedudukan Ka'bah
10 Sa'ie dan Pengertian
11 Kedudukan Safa & Marwah
12 Larangan-Larangan Dalam Masa Ihram
13 Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
14 Syarat-Syarat Melontar
15 Melontar Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah (Hari Nahar) di Mina
16 Bermalam (Mabit) di Mina
17 Melontar Jamarat pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah di Mina (pada hari-hari Tasyriq)
18 Rukun dan Wajib Umrah
19 Niat Mengerjakan Umrah
20 Jenis-Jenis Haji
21 Ringkasan Cara-Cara Mengerjakan Haji
22 Tawaf Wada' dan Hukumnya
23 Dam
24 Dam Ihsar
25 Ziarah Madinah
26 Nama dan Nombor Pintu-Pintu Masjid Nabawi
SOAL JAWAB:
Perempuan haid boleh niat ihram


? SEORANG perempuan dalam haid, bolehkah dia mandi sunat ihram.

Boleh, kerana disunatkan sedemikian.

? Adakah dibolehkan perempuan yang didatangi haid berniat ihram.

Haid, nifas atau berada di dalam junub tidak menghalang seseorang itu untuk berniat ihram sama ada bagi haji atau umrah.

? Seorang jemaah haji wanita kedatangan haid sebelum Tahallul Umrah, bolehkah dia mengupah orang lain sebagai gantinya untuk tawaf.

Tidak boleh mengupah orang lain dalam masalah ini kerana tawaf termasuk di dalam rukun umrah dan dia hendaklah melaksanakan tawaf itu sendiri selepas suci daripada haidnya.

? Apakah hukumnya berniat ihram tidak menghadap kiblat.

Tidak mengapa, tetapi disunatkan berniat ihram dengan menghadap ke arah kiblat.

? Apa hukum bagi seorang yang berniat ihram sama ada haji atau umrah
setelah melampaui miqat


Niat haji atau umrah itu sah. Tetapi, dia dikenakan dam kerana meninggalkan miqat (tidak berniat ihram di miqat). Dam Tertib dan Taqdir.

? Apakah hukumnya mengerjakan haji atau umrah dengan berniat ihram di Jeddah.

Jeddah bukan miqat tempat berniat. Berniat di miqat adalah satu daripada wajib haji dan umrah. Sesiapa yang meninggalkan wajib haji dan umrah dia dikenakan Dam Tertib dan Taqdir.

? Jemaah haji sudah berada di Makkah kemudian membuat umrah tanpa keluar berniat di Miqat Makani, adakah sah umrahnya?

Umrahnya sah tetapi berdosa jika sengaja dan dikenakan Dam Tertib dan Taqdir.

? Saya mula berniat sai sebelum masuk pintu masjid, adakah ini sah atau wajib saya ulangi semula.

Sai itu sah kerana sai umrah dan haji tidak wajib berniat, niat padanya
adalah sunat saja.

? Bolehkah seseorang itu membatalkan niat ihramnya setelah berniat.

Tidak boleh membatalkan niat ihramnya.

? Jemaah haji hendak membuat Haji Tamattuk dari Madinah sengaja tidak mahu berniat umrah di Bir Ali kerana tidak mahu menjaga pantang larang dalam perjalanan dan apabila sampai di Makkah barulah berniat Umrah dari Tanaim. Apakah hukumnya.

Jemaah yang sengaja meninggalkan berniat ihram di miqat adalah haram dan berdosa serta dikenakan Dam Tertib dan Taqdir. Hukum niat umrahnya adalah sah.

Jawapan disediakan Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

FAKTA
Pengertian dam


PENGERTIAN DAM dari segi bahasa ialah darah.
Dari segi takrif ialah menyembelih binatang dan penggantinya dam itu
daripada makanan atau puasa yang wajib ditunaikan oleh orang yang
mengerjakan haji dan umrah.

Sebab diwajibkan dam
  • Melanggar pantang larang dalam ihram.
  • Meninggalkan perkara yang wajib dalam ibadat haji atau umrah.
  • Mengerjakan Haji Tamattuk atau Haji Qiran, menurut syaratnya.
  • Berlaku ihsar bagi orang yang berniat ihram.
  • Melanggar nazar ketika mengerjakan haji.
  • Luput wukuf di Arafah.
  • Meninggalkan tawaf Wada'.


  • Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.