Muka Depan | Berita | BicaraHaji | SoalJawab | BH | HM 
Panduan Haji & Umrah
Bil 
Tajuk
1 Talbiah
2 Rukun dan Wajib Haji
3 Niat Mengerjakan Haji
4 Peta Miqat Haji dan Umrah
5 Wuquf di Arafah
6 Zikir-Zikir pada Hari Wukuf
7 Tawaf dan Pengertian
8 Panduan Permulaaan dan Penghabisan Tawaf
9 Kedudukan Ka'bah
10 Sa'ie dan Pengertian
11 Kedudukan Safa & Marwah
12 Larangan-Larangan Dalam Masa Ihram
13 Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
14 Syarat-Syarat Melontar
15 Melontar Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah (Hari Nahar) di Mina
16 Bermalam (Mabit) di Mina
17 Melontar Jamarat pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah di Mina (pada hari-hari Tasyriq)
18 Rukun dan Wajib Umrah
19 Niat Mengerjakan Umrah
20 Jenis-Jenis Haji
21 Ringkasan Cara-Cara Mengerjakan Haji
22 Tawaf Wada' dan Hukumnya
23 Dam
24 Dam Ihsar
25 Ziarah Madinah
26 Nama dan Nombor Pintu-Pintu Masjid Nabawi
SOAL JAWAB:
Sunat jika suami isteri bersama ke Tanah Suci


? APAKAH persediaan untuk menunaikan fardu haji. Adakah wang perbelanjaan yang cukup menjadi matlamat terpenting dengan tidak mengambil perhatian terhadap perkara lain seperti sembahyang serta wajib, rukun dan cara mengerjakan haji dan perkara lain yang ada hubungan dengannya.

Selain wang perbelanjaan mengerjakan haji, kesihatan dan bekalan yang
cukup, bakal jemaah mesti menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan
mengenai cara hendak mengerjakan ibadat haji itu daripada rukun, wajib,
sunat, sah, batal, haram dan sebagainya.

Sahibuzzubad berkata maksudnya: " Sesiapa yang membuat amalan tanpa
ilmu pengetahuan yang betul maka segala amalannya ditolak dan tidak
diterima."

? Adakah wang perbelanjaan menunaikan ibadat haji seseorang isteri
wajib ditanggung oleh suami.


Wang perbelanjaan naik haji seseorang isteri tidak wajib ditanggung
oleh suami kerana ia tidak termasuk dalam nafkah yang wajib atas suami
terhadap isteri. Bagaimanapun, sunat seorang suami mengerjakan haji
bersama isterinya.

? Terangkan dengan jelasnya apa maksud:
(i) Rukun haji
(ii) Wajib haji


Adakah menjadi kesalahan kepada jemaah haji sekiranya meninggalkan
salah satu daripada perkara itu dan andainya berlaku yang demikian itu
sama ada secara sedar atau tidak adakah sah hajinya.

Rukun haji ialah pekerjaan asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang
yang mengerjakan haji sekiranya salah satu daripada rukun haji itu tidak
dikerjakan sama ada sengaja atau terlupa maka ibadat hajinya tidak sah.

Wajib haji ialah perkara atau pekerjaan yang wajib dilakukan ketika
mengerjakan ibadat itu. Jika tidak dikerjakan salah satu daripada perkara
wajib haji, maka hajinya sah tetapi wajib ke atasnya dam serta berdosa
jika ditinggalkan yang wajib itu dengan sengaja.

? Bagaimana cara mengerjakan haji dan umrah.

Cara mengerjakan haji dan umrah ada tiga iaitu cara Ifrad, Tamattuk dan
Qiran.

? Apa perbezaan di antara ketiga-tiga cara itu.

Mengerjakan haji cara Ifrad ialah dengan berniat mengerjakan haji dulu
dalam bulan haji kemudian mengerjakan umrah.

Mengerjakan haji cara Tamattuk ialah dengan berniat mengerjakan umrah
terlebih dulu kemudian dikerjakan haji dalam tahun itu juga.

Mengerjakan haji cara Qiran ialah dengan berniat mengerjakan haji dan
umrah serentak dalam bulan haji dengan mengerjakan amalan haji saja atau
berniat mengerjakan umrah saja, tetapi sebelum tawaf berniat mengerjakan
haji.

Mengerjakan haji cara Ifrad tidak dikenakan dam. Sementara, mengerjakan
haji cara Tamattuk dan Qiran dikenakan dam dengan syarat tertentu.

? Haji yang manakah terlebih afdal (baik) di antara haji Ifrad,
Tamattuk dan Qiran.


Mengikut Imam Syafie, haji Ifrad adalah lebih afdal sekiranya umrah
dikerjakan selepas haji pada tahun itu juga, kemudian Tamattuk dan Qiran.

? Untuk mengerjakan haji Ifrad adakah seorang itu mesti pernah
menunaikan fardu haji.


Tidak

? Seorang membuat umrah dalam bulan haji kemudian dia keluar semula ke
miqat untuk berihram haji seperti ke Bir Ali di Madinah. Adakah haji cara
ini dikatakan haji Ifrad atau Tamattuk dan adakah diwajibkan dia membayar
dam.


Cara ini dinamakan haji Tamattuk tetapi tidak wajib di atasnya membayar
dam kerana dia berniat ihram di miqat.

Jawapan disediakan Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji


Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.