Muka Depan | Berita | BicaraHaji | SoalJawab | BH | HM 
Panduan Haji & Umrah
Bil 
Tajuk
1 Talbiah
2 Rukun dan Wajib Haji
3 Niat Mengerjakan Haji
4 Peta Miqat Haji dan Umrah
5 Wuquf di Arafah
6 Zikir-Zikir pada Hari Wukuf
7 Tawaf dan Pengertian
8 Panduan Permulaaan dan Penghabisan Tawaf
9 Kedudukan Ka'bah
10 Sa'ie dan Pengertian
11 Kedudukan Safa & Marwah
12 Larangan-Larangan Dalam Masa Ihram
13 Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
14 Syarat-Syarat Melontar
15 Melontar Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah (Hari Nahar) di Mina
16 Bermalam (Mabit) di Mina
17 Melontar Jamarat pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah di Mina (pada hari-hari Tasyriq)
18 Rukun dan Wajib Umrah
19 Niat Mengerjakan Umrah
20 Jenis-Jenis Haji
21 Ringkasan Cara-Cara Mengerjakan Haji
22 Tawaf Wada' dan Hukumnya
23 Dam
24 Dam Ihsar
25 Ziarah Madinah
26 Nama dan Nombor Pintu-Pintu Masjid Nabawi
BICARA HAJI:
Memaju projek berteras modal insan
Oleh Nor Anna Syuhada Shamsuddin

TH Properties beri jaminan kualiti lima tahun kepada pembeli kediaman Bandar Enstek

TH Properties Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Haji, adalah pemaju hartanah yang mencipta nama sebagai pembangun gaya hidup berinovatif yang terunggul.

Berbekalkan pengalaman 22 tahun berserta komitmen tinggi mencapai kecemerlangan, TH Properties sentiasa berusaha menghasilkan penyelesaian hartanah terbaik bagi memenuhi cita rasa pelanggan yang mahukan gaya hidup berkualiti tinggi.

Sebagai bukti komitmennya terhadap kualiti, TH Properties dianugerahkan Sijil Kualiti MS ISO 9001:2000 pada November 1999 daripada SIRIM QAS Sdn Bhd, menjadikannya satu daripada sebilangan kecil pemaju hartanah di Malaysia dianugerahkan sijil berkenaan kerana pematuhannya yang ketat kepada prosedur dan keperluan kualiti industri ini.

Projek perdana TH Properties ialah Bandar Enstek meliputi kawasan seluas 2046.4 hektar, dibangunkan usaha sama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS).

Projek hartanah bersepadu itu meliputi pembangunan kediaman, komersial, perindustrian dan institusi dilengkapi segala kemudahan, kelengkapan dan infrastruktur terbaik, menjadikannya komuniti berasaskan pengetahuan pertama di Malaysia yang dirancangkan dengan menggabungkan aktiviti pembangunan sains hayat, pendidikan dan modal insan dengan penggunaan jalur lebar serta teknologi tinggi.

Komponen penting di Bandar Enstek ialah techpark@enstek, edupark@enstek dan medicalcity@enstek. techpark@enstek tertumpu pada industri berasaskan bioteknologi, teknologi pembuatan tercanggih serta teknologi penebangan iaitu ketika ini sudah berjaya menarik kelompok industri bioteknologi terbesar di Malaysia.

edupark@enstek merangkumi keluasan melebihi 1,000 ekar menempatkan kompleks pendidikan dan projek Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi dan lain-lain projek cadangan yang berasaskan pendidikan.

Medicalcity@enstek adalah pembangunan bersepadu merangkumi seluruh rantaian nilai industri perubatan dan kesihatan di kawasan seluas kira-kira 200 hektar.

Perkembangan terbaru ialah perjanjian kerjasama strategik yang ditandatangani baru-baru ini dengan Zon Pembangunan Industri Teknologi Tinggi Xi’an yang berpotensi membawa masuk pelaburan sebanyak RM500 juta dari China ke Bandar Enstek.

Ditampilkan sebagai suburbia perdana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Bandar Enstek terletak di lokasi strategik iaitu kira-kira 10 minit dari KLIA, 38 minit dari Kuala Lumpur dan hanya 5 minit dari Litar F1 Sepang.

Bandar Enstek disasarkan mempunyai nilai pembangunan kasar melebihi RM9.2 bilion apabila siap pada tahun 2025.

Selari hasrat menyediakan penyelesaian gaya hidup berinovatif yang bermutu, TH Properties adalah pemaju pertama di Malaysia menawarkan jaminan kualiti selama lima tahun ke atas hartanah kediamannya bermula dari tarikh penyerahan milik.

TH Properties adalah ahli Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dan Pelan Induk Terbaik Dunia oleh Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) Malaysia dan juga bernaung dengan Pertubuhan Taman Sains Antarabangsa (IASP). Maklumat lanjut boleh diperoleh dari laman web www.th-properties.com.

Penulis ialah Penolong Pengurus Komunikasi Korporat TH Properties Sdn Bhd


Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.