Muka Depan | Berita | BicaraHaji | SoalJawab | BH | HM 
Panduan Haji & Umrah
Bil 
Tajuk
1 Talbiah
2 Rukun dan Wajib Haji
3 Niat Mengerjakan Haji
4 Peta Miqat Haji dan Umrah
5 Wuquf di Arafah
6 Zikir-Zikir pada Hari Wukuf
7 Tawaf dan Pengertian
8 Panduan Permulaaan dan Penghabisan Tawaf
9 Kedudukan Ka'bah
10 Sa'ie dan Pengertian
11 Kedudukan Safa & Marwah
12 Larangan-Larangan Dalam Masa Ihram
13 Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
14 Syarat-Syarat Melontar
15 Melontar Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah (Hari Nahar) di Mina
16 Bermalam (Mabit) di Mina
17 Melontar Jamarat pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah di Mina (pada hari-hari Tasyriq)
18 Rukun dan Wajib Umrah
19 Niat Mengerjakan Umrah
20 Jenis-Jenis Haji
21 Ringkasan Cara-Cara Mengerjakan Haji
22 Tawaf Wada' dan Hukumnya
23 Dam
24 Dam Ihsar
25 Ziarah Madinah
26 Nama dan Nombor Pintu-Pintu Masjid Nabawi
BERITA:
26,000 jemaah mula bergerak ke Arafah


KUALA LUMPUR: Kira-kira 26,000 jemaah haji Malaysia mula bergerak secara berperingkat ke Padang Arafah selepas solat Zuhur waktu Arab Saudi atau kira-kira jam lima petang semalam bagi menyertai hampir tiga juta jemaah dari seluruh dunia untuk berwukuf selepas solat Asar, hari ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Salleh Abd Mubin berkata, jemaah haji Malaysia dipecahkan kepada tiga pergerakan iaitu selepas Zohor, Asar dan Isyak. Katanya, pergerakan dengan bas itu terpaksa di buat secara berperingkat bagi membolehkan kelancaran jemaah bergerak selain mengelakkan kesesakan kerana semua jemaah dari seluruh dunia turut membuat perjalanan yang sama ke sana untuk menunaikan ibadat wukuf.

“Jemaah haji Malaysia akan bergerak dari Makkah menuju ke Arafah, sejauh kira-kira 21.9 kilometer, dengan menaiki bas secara berperingkat mulai selepas waktu Zohor sehinggalah tengah malam tadi,” katanya dihubungi di Makkah, semalam.

Waktu Wukuf bermula dari gelincir matahari (Zohor) pada 9 Zulhijjah (esok, hari Selasa, 18 Disember) hinggalah terbit fajar (Subuh) 10 Zulhijjah (19 Disember).

Wukuf adalah ibadah wajib dilaksanakan setiap jemaah, termasuk bagi mereka yang sakit, walaupun seketika bagi berdoa atau menunaikan solat memohon rahmat daripada Allah.

Menurut ulama, padang Arafah adalah tempat di mana dipertemukan semula Nabi Adam dan Hawa dan tempat pertama di bumi, Allah SWT menerima taubat umatnya.

Selepas waktu Maghrib pada 9 Zulhijjah, pergerakan akan dimulakan untuk membawa jemaah haji bermalam di Mudzalifah iaitu jarak sekitar lapan kilometer dari Arafah. Di sana, jemaah akan mengutip anak batu untuk melontar Jamrah di Mina pada keesokan harinya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Bilik Gerakan Operasi Haji, Ahmad Ruzman Ahmad Razali, berkata jemaah uzur dan sakit juga akan dibawa ke Arafah jika mereka sedar dengan bas atau ambulans.

Katanya, pegawai perubatan iaitu doktor dan jururawat akan turut serta dalam bas dan ambulans bagi memantau jemaah yang sakit dan uzur.

“Tabung Haji akan pastikan jemaah yang sakit dan uzur akan dibawa ke Arafah walaupun dalam waktu yang paling singkat kecuali mereka yang sakit tenat dan tidak boleh dipindahkan dari hospital serta yang tidak sedarkan diri,” katanya.

Ahmad Ruzman berkata, selepas berwukuf di Arafah, jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Muzdalifah secara berperingkat mulai hampir masuk waktu Maghrib atau selepas waktu Maghrib.


Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.