Muka Depan | Berita | BicaraHaji | SoalJawab | BH | HM 
Panduan Haji & Umrah
Bil 
Tajuk
1 Talbiah
2 Rukun dan Wajib Haji
3 Niat Mengerjakan Haji
4 Peta Miqat Haji dan Umrah
5 Wuquf di Arafah
6 Zikir-Zikir pada Hari Wukuf
7 Tawaf dan Pengertian
8 Panduan Permulaaan dan Penghabisan Tawaf
9 Kedudukan Ka'bah
10 Sa'ie dan Pengertian
11 Kedudukan Safa & Marwah
12 Larangan-Larangan Dalam Masa Ihram
13 Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
14 Syarat-Syarat Melontar
15 Melontar Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah (Hari Nahar) di Mina
16 Bermalam (Mabit) di Mina
17 Melontar Jamarat pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah di Mina (pada hari-hari Tasyriq)
18 Rukun dan Wajib Umrah
19 Niat Mengerjakan Umrah
20 Jenis-Jenis Haji
21 Ringkasan Cara-Cara Mengerjakan Haji
22 Tawaf Wada' dan Hukumnya
23 Dam
24 Dam Ihsar
25 Ziarah Madinah
26 Nama dan Nombor Pintu-Pintu Masjid Nabawi
BERITA:
Semua jemaah tiba di Makkah



TETAMU ALLAH: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan
Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong,
Tuanku Nur Zahirah mengaminkan doa sebelum berangkat
menunaikan haji di Pangkalan Tentera Udara Subang,
semalam. Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri
Syed Hamid Albar dan Menteri Pengajian Tinggi,
Datuk Mustapha Mohamed.

MAKKAH: Semua jemaah haji muassasah Malaysia sudah tiba di sini, lima hari menjelang wukuf pada 18 Disember ini, dengan penerbangan terakhir KT95 yang membawa 444 orang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada 6.50 pagi semalam (11.50 pagi waktu Malaysia).

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia, KT1, berlepas pada 11 November, dan daripada KT1 hingga KT47, semua jemaah haji Malaysia dibawa ke Madinah untuk menginap di sana selama lapan hari terlebih dulu sebelum ke Makkah.

Jemaah yang menaiki penerbangan KT48 dan seterusnya tidak lagi dibawa ke Madinah sebaliknya mendarat di Jeddah dan dibawa terus ke sini. Seramai 26,000 jemaah haji Malaysia ialah antara 2.5 juta dari seluruh dunia yang akan bergerak mulai 17 Disember ini menuju Arafah untuk wukuf.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Salleh Abdul Mubin semalam mengetuai kumpulan pegawai kanan dari Ibu Pejabat Tabung Haji di sini membuat tinjauan di kawasan perkhemahan yang akan menjadi Ibu Pejabat Tabung Haji di Arafah.

Sempena lawatan itu, mereka turut mengadakan doa selamat dan solat hajat memohon supaya operasi Masya’ir (Arafah/Mina) berjalan lancar.

Pengarah Operasi Tabung Haji Makkah, Wan Yaakub Wan Abdul Rahman berkata pada peringkat maktab, pihaknya sudah menubuhkan pasukan sukarelawan yang dipanggil ‘Sahabat Tabung Haji’ bagi membantu petugas menyelia dan mengawal pergerakan jemaah ke Arafah, Muzdalifah dan Mina. - Bernama


Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.