Muka Depan | Berita | BicaraHaji | SoalJawab | BH | HM 
Panduan Haji & Umrah
Bil 
Tajuk
1 Talbiah
2 Rukun dan Wajib Haji
3 Niat Mengerjakan Haji
4 Peta Miqat Haji dan Umrah
5 Wuquf di Arafah
6 Zikir-Zikir pada Hari Wukuf
7 Tawaf dan Pengertian
8 Panduan Permulaaan dan Penghabisan Tawaf
9 Kedudukan Ka'bah
10 Sa'ie dan Pengertian
11 Kedudukan Safa & Marwah
12 Larangan-Larangan Dalam Masa Ihram
13 Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
14 Syarat-Syarat Melontar
15 Melontar Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah (Hari Nahar) di Mina
16 Bermalam (Mabit) di Mina
17 Melontar Jamarat pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah di Mina (pada hari-hari Tasyriq)
18 Rukun dan Wajib Umrah
19 Niat Mengerjakan Umrah
20 Jenis-Jenis Haji
21 Ringkasan Cara-Cara Mengerjakan Haji
22 Tawaf Wada' dan Hukumnya
23 Dam
24 Dam Ihsar
25 Ziarah Madinah
26 Nama dan Nombor Pintu-Pintu Masjid Nabawi
BERITA:
Arab Saudi sambut hari Wukuf 18 Disember, Raya Haji 19 Disember


MAKKAH: Hari wukuf bagi musim haji tahun ini pada Selasa, 18 Disember manakala Aidiladha di Arab Saudi akan disambut pada Rabu, 19 Disember.


Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Salleh Abd Mubin berkata, tarikh wukuf itu ditetapkan berdasarkan pengumuman Majlis Kehakiman Tertinggi Arab Saudi pada Isnin bahawa tarikh 1 Zulhijjah 1428 Hijrah ialah Isnin, 10 Disember 2007, iaitu sehari lebih awal daripada dijangkakan, setelah anak bulan Zulhijjah kelihatan berdasarkan penentuan tarikh secara rukyah.


Berikutan perubahan tarikh wukuf itu, maka pengurusan Rombongan Haji Malaysia memaklumkan kepada semua pihak di bawah jagaannya, khususnya pengarah-pengarah peringkat operasi, supaya mempertingkatkan lagi persiapan, katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan ibadah haji bagi musim haji 1428 Hijrah (2007) di sini hari ini.


“Kita sudah mempertingkatkan persiapan menuju hari Arafah. Saya percaya kita dapat mempertingkatkan persiapan untuk hari wukuf mulai hari ini,” kata beliau.


Ditanya sama perubahan tarikh Wukuf itu akan menjejaskan persiapan pengurusan Rombongan Haji Malaysia apabila pergerakan jemaah haji Malaysia ke Arafah juga terpaksa dipercepatkan sehari iaitu pada 17 Disember (8 Zulhijjah) berbanding jadual asal 18 Disember, Mohd Salleh berkata beliau yakin pihaknya tidak akan menghadapi sebarang masalah berhubung perkara itu kerana persiapan sememangnya sudah berjalan.


“Secara umumnya, persiapan operasi Rombongan Haji Malaysia berjalan seperti biasa bahkan dipertingkatkan lagi. Kita akan memberi tumpuan kepada pergerakan haji dari Makkah ke Arafah pada 8 Zulhijjah (17 Disember) dan dari Arafah ke Muzdalifah pada 9 Zulhijjah (18 Disember) dan dari Muzdalifah ke Mina pada 10 Zulhijjah (19 Disember),” kata beliau.


Mohd Salleh berkata pergerakan dari Muzdalifah ke Mina akan menggunakan sistem 'Taraddudiah' (bas ulang-alik) disediakan pihak kerajaan Arab Saudi, iaitu sistem dilaksanakan dengan jayanya pada tahun lalu.


“Saya yakin pergerakan ini akan berjalan lancar walaupun terdapat perubahan lokasi khemah jemaah haji Malaysia berbanding tahun lalu.


Kerjasama yang baik antara pengurusan haji Malaysia dan Arab Saudi khususnya pihak Muassasah Mutawif Asia Tenggara dapat memastikan ibadah haji tahun ini berjalan dengan baik dan lancar.


“Kita berdoa semoga cuaca pada hari Wukuf dan malam di Muzdalifah nanti bersesuaian dengan jemaah haji kita dan kita mendapat malam yang baik di Muzdalifah,” katanya.


Berwukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan bermalam di Mina selama tiga malam untuk melontar Jamrah adalah sebahagian daripada amalan haji.


Di Malaysia, Aidiladha yang juga dikenali sebagai Hari Raya Haji akan disambut pada 20 Disember ini. — Bernama


Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.