Muka Depan | Berita | BicaraHaji | SoalJawab | BH | HM 
Panduan Haji & Umrah
Bil 
Tajuk
1 Talbiah
2 Rukun dan Wajib Haji
3 Niat Mengerjakan Haji
4 Peta Miqat Haji dan Umrah
5 Wuquf di Arafah
6 Zikir-Zikir pada Hari Wukuf
7 Tawaf dan Pengertian
8 Panduan Permulaaan dan Penghabisan Tawaf
9 Kedudukan Ka'bah
10 Sa'ie dan Pengertian
11 Kedudukan Safa & Marwah
12 Larangan-Larangan Dalam Masa Ihram
13 Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
14 Syarat-Syarat Melontar
15 Melontar Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah (Hari Nahar) di Mina
16 Bermalam (Mabit) di Mina
17 Melontar Jamarat pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah di Mina (pada hari-hari Tasyriq)
18 Rukun dan Wajib Umrah
19 Niat Mengerjakan Umrah
20 Jenis-Jenis Haji
21 Ringkasan Cara-Cara Mengerjakan Haji
22 Tawaf Wada' dan Hukumnya
23 Dam
24 Dam Ihsar
25 Ziarah Madinah
26 Nama dan Nombor Pintu-Pintu Masjid Nabawi
BERITA:
Sebahagian besar jemaah ada di Makkah


MAKKAH: Kira-kira 52 peratus daripada 26,000 jemaah haji Malaysia sudah berada di Tanah Suci setakat kelmarin, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Salleh Abd Mubin.

Beliau berkata, sebahagian besar daripada mereka kini berada di Makkah, manakala sebahagian kecil masih di Madinah dan akan tiba di Makkah tidak lama lagi. Jarak antara Makkah dan Madinah ialah 447 kilometer.

Mulai 27 November lalu, semua penerbangan haji Malaysia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz (KAAIA) di Jeddah, kira-kira 72 kilometer dari sini dan dari situ, jemaah haji dibawa terus ke Makkah.

Jemaah yang menaiki penerbangan pertama pada 11 November hingga penerbangan ke-47 pada 26 November dibawa ke Madinah terlebih dulu dan menginap lapan hari sebelum dibawa ke Makkah dengan bas. Penerbangan terakhir haji dari Malaysia ke Jeddah ialah pada 13 Disember ini.

“Secara umumnya keadaan jemaah adalah baik dan sebahagian daripada jemaah haji kini di Madinah hanya menghabiskan baki masa lapan hari mereka dengan beribadat di Masjid Nabawi yang dibuka 24 jam,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan ibadah haji Musim Haji 1428 Hijrah (2007) di sini.

Mohd Salleh berkata, jemaah yang tiba di Makkah ditempatkan di tempat penginapan masing-masing dalam keadaan baik dan selesa dan mereka kini banyak beribadat di Masjidil Haram, selain mengikuti program ziarah ke tempat bersejarah di sekitar Kota Suci.

Ada 13 maktab, iaitu tempat penginapan jemaah haji yang dibuka untuk jemaah haji Malaysia di Makkah pada musim haji tahun ini termasuk 11 maktab di bawah pakej muassasah Tabung Haji, satu di bawah pakej Tabung Haji Travel (THTS), iaitu anak syarikat Tabung Haji, dan satu lagi di bawah pakej Pengelolaan Jemaah Haji (PJH), yang dikendalikan syarikat pelancongan swasta yang dilesenkan Tabung Haji.


Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.