Dam
untuk tujuan melepaskan diri dari pantang larang ihram bagi seseorang
yang sudah berniat ihram tetapi tidak dapat menyelesaikan rukun hajinya
atau rukun umrahnya atau kedua-duanya.
SEBAB-SEBAB
Terhalang
atau terkepung dalam perjalanan atau ketakutan dari musuh atau berpenyakit.
SEBAB-SEBAB
LAIN
Dam
Ihsar boleh diguna pakai untuk menyelesaikan masalah wanita yang datang
haid dan tidak dapat melaksanakan Tawaf Haji atau Umrah kerana terpaksa
balik segera ke tanah air. Begitu juga pesakit yang berpenyakit berat
terpaksa segera dihantar balik ke Malaysia untuk rawatan lanjut (kedua
golongan ini Haji atau Umrahnya belum selesai). Apabila wanita itu telah
suci dan mandi hadath besar, begitu juga pesakit berat telah sembuh dari
penyakitnya, hendaklah pergi lagi ke Tanah Suci Makkah menyelesaikan kerja-kerja
haji atau umrahnya yang belum selesai.
CARA
MELAKSANAKAN DAM IHSAR
Setelah
keluar dari Mallah dua marhalah (91km) atau lebih atau setelah sampai
ke tanah air hendaklah:
1.
Menyembelih seekor kambing dan bercukur atau bergunting dengan niat
Tahallul, dan daging sembelihan itu dibahagikan kepada fakir miskin
tempatan.
2.
Jika tidak mampu hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor kambing
dan bercukur atau bergunting dengan nita Tahallul, dan makanan itu dibahagikan
kepada fakir miskin tempatan.
3.
Jika tidak mampu juga hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan
cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing (1 cupak
= 1 hari) dan bercukur atau bergunting dengan niat Tahallul.
Dengan
berpuasa dan bercukur atau bergunting dengan niat Tahallul Ihsar itu,
maka terhasillah Tahallulnya sekalipun bilangan hari puasanya belum
selesai.
CONTOH
NIAT TAHALLUL IHSAR
1.
Aku menyembelih kambing ini sebagai Dam Ihsar untuk Tahallul Nusuk ku.
2. Aku bercukur atau bergunting bagi Tahallul Nusuk ku.
3. Aku bersedekah makanan sebagai ganti menyembelih kambing Dam Ihsar
untuk Tahallul Nusuk ku.
4. Aku puasa esok hari sebagai ganti menyembelih kambing Dam Ihsar untuk
Tahallul Nusuk ku.
*
Sebahagian dari Dam Tertib dan Ta'dil
Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights
reserved. Emel
kami sebarang maklum balas.