SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM
PAKAIAN
>> 1. Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum. - Lelaki Rujuk A
2. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya. - Lelaki Rujuk A
3. Menutup muka. - Wanita Rujuk A
4. Memakai sarung tangan. - Lelaki/Wanita Rujuk A
BERWANGI-WANGIAN
>> 5. Memakai bau-bauan samada di badan, pakaian, makanan, minuman atau menghisapnya ke dalam hidung. - Lelaki/Wanita Rujuk A
6. Memakai minyak di kepala atau janggut dan semua bulu muka selain daripada tumbuhan di pipi dan di dahi. - Lelaki/Wanita Rujuk A
KECANTIKAN
>> 7. Menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan. - Lelaki/Wanita Rujuk A
8. Mengerat atau memotong kuku. - Lelaki/Wanita Rujuk A
HUBUNGAN JANTINA
>> 9. Melakukan pendahuluan persetubuhan. - Lelaki/Wanita Rujuk A

10.
(i) Bersetubuh selepas persetubuhan yang merosakkan haji atau umrah. - Lelaki/Wanita.
(ii) Bersetubuh selepas tahallul awal dan sebelum tahallul thani. - Lelaki/Wanita.

Rujuk A
(iii) Bersetubuh sebelum tahallul awal atau sebelum tahallul umrah (merosakkan haji/umrah - wajib teruskan kerja-kerja haji/umrah dan Qada' haji tahun berikutnya dan Qada' umrah dengan segera). - Lelaki/Wanita. Rujuk B
11. Berkahwin/mengahwinkan/menerima wakil kahwin. - Lelaki/Wanita Rujuk B*
ALAM SEKITAR
>>
12. Memotong/menebang/mengerat/mencabut pokok-pokok di Tanah Haram samada dalam ihram atau tidak. - Lelaki/Wanita Rujuk C
13.
(i) Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya di Tanah Haram atau di Tanah Halal semasa dalam ihram. - Lelaki/Wanita
(ii) Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya di Tanah Haram - Makkah semasa dalam ihram atau tidak berihram. - Lelaki/Wanita

* belalang adalah binatang buruan.
Rujuk C
LAIN-LAIN
 
(i) Tidak niat ihram di Miqat. (vi) Melanggar nazar.
(ii) Tidak melontar Jamarat. (vii) Tidak Wuquf di Arafah.
(iii) Tidak bermalam di Muzdalifah. (viii) Buat Haji Tamattu'.
(iv) Tidak bermalam di Mina. (ix) Buat Haji Qiran.
(v) Tidak Tawaf Wada'  
Rujuk D
 
PENGERTIAN
Binatang al-An'am seperti unta, lembu, kambing yang disembelih atau gantinya daripada makanan atau puasa yang dikenakan ke atas mereka yang menunaikan haji atau umrah atau ziarah di atas sebab-sebab tertentu.
A - TAKHYIR DAN TAQDIR (boleh pilih)

1) Menyembelih seekor kambing atau

2) Bersedekah kepada 6 orang fakir miskin tiap-tiap seorang 2 cupak makanan daripada gandum atau

3) Berpuasa tiga hari

B - TERBIT DAN TA'DIL( tiada pilihan kecuali jika tidak mampu)

1) Menyembelih seekor unta (suami sahaja).

2) Jika tidak mampu, sembelih 7 ekor kambing (suami sahaja).

3) Jika tidak mampu,hendaklah membeli makanan yang mengenyangkan(gandum)dengan nilai harga seekor unta disedekahkan kepada fakir miskin(suami sahaja).

4) Jika tidak mampu,hendaklah berpuasa mengikut bilangan cupak makanan dari harga seekor unta(1 cupak=1 hari)

 

B* - Perkahwinan tidak sah dan berdosa, tetapi tidak kena dam
C - TAKHYIR DAN TA'DIL (boleh pilih)

1) Menyembelih biantang al-An'am mengikut bandingan binatang/pokok atau

2) Membeli makanan mengikut nilai harga binatang al-An-am dan disedekahkan kepada fakir miskin di Tanah Haram Makkah atau

3) Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli mengikut nilai binatang al-An'am (1 cupak = 1 hari).

D - TERTIB DAN TAQDIR (tiada pilihan kecuali jika tidak mampu)

1) Menyembelih seekor kambing atau 1/7 lembu/unta.

2) Jika tidak mampu hendaklah berpuasa 10 hari, 3 hari di Makkah semasa berihram haji dan 7 hari ditempatnya sendiri.

3) Jika tidak mampu kerana tua atau sakit berlarutan hendaklah bersedekah 10 cupak makanan.

 
 
 
 

TARAFFUH Bermakna perkara-perkara kebiasaan, kesukaan, kegemaran, keseronokan bagi seseorang. (Pakaian, Berwangi-wangian dan Hubungan Jantina).

ITLAF Bermaksud perkara-perkara yang jika dilakukan boleh menyebabkan perkara itu jadi rosak atau binasa atau bercerai tanggal. (Kecantikan dan Alam Sekitar)

 

PERHATIAN

1. Perkara TARAFFUH: Jika dilakukan dengan sengaja dikenakan DAM. Sekiranya dengan lupa atau tidak sengaja TIDAK DIKENAKAN DAM.

2. Perkara ITLAF: Jika dilakukan dengan sengaja atau jahil atau tidak sengaja TETAP DIKENAKAN DAM.